Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hor.mat] | حرمت

Definisi : 1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~ takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ per­buatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat); berhormat mempunyai kedudukan yg dihor­mati atau dimuliakan: Cikgu Amin seorang yg ~ di kampung itu; Yang B~ panggilan kpd atau kata yg dipakai sebelum nama ahli majlis mesyuarat undangan negeri atau parlimen atau orang-orang yg bergelar Datuk dsb; Yang Amat B~ panggilan kpd atau kata yg dipakai sebelum nama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, atau Ketua Menteri; berhormat-hormatan, hormat-meng­hor­mati saling memberi hormat; menghormati 1. memberi (melahirkan, me­naruh) hormat kpd: ~ ibu bapanya; hor­matilah orang tuamu; Rizal dihormati oleh seluruh bangsa Filipina; 2. menerima dan mematuhi (aturan dll), menghargai, men­junjung tinggi, memuliakan: aku ~ pen­dapatmu; ~ keinginanmu mencari sesuatu yg baru; Malaysia tetap ~ Perjanjian Bangkok; 3. disegani: ia seorang yg diper­cayai dan dihormati; ia dihormati dan di­takuti oleh anak-anak kapal; terhormat (yg) sangat dihormati: kepada yg ~ saudara Ahmad; utk pembesar-pem­besar digunakan sebutan yg ~; profesion yg penting dan ~; kehormat 1. yg dihormati dan diraikan: te­tamu ~ yg akan turut dlm rapat itu ialah Perdana Menteri; 2. yg dilantik kerana menghormati, yg diberikan sbg pernyataan hormat; ahli (anggota) ~ ahli (anggota) persatuan dll yg dilantik kerana jasanya dll; doktor ~ gelaran doktor yg diberikan utk menyatakan hormat; 3. yg jasanya tidak dibayar; bendahari (setiausaha dll) ~ pegawai persatuan yg bertugas tanpa dibayar; bayaran ~ wang sagu hati yg diberikan kpd seseorang (pengarang dll), honorarium; kehormatan 1. pemberian hormat (peng­hargaan dll): ia mendapat ~ menjadi ketua persidangan; perajurit yg gugur itu dike­bumikan dgn penuh ~; (per)barisan ~ (per)barisan utk menunjukkan hormat (kpd tetamu agung dll); bintang ~ pingat yg dikurniakan sbg pernyataan hormat (kerana jasa dll); (gelar) doktor ~ Id (gelar) doktor kehormat; gapura (pintu gerbang) ~ Id gapura (pintu gerbang) yg didirikan utk me­nyambut orang besar dll; gelar ~ Id gelar sbg pernyataan hormat; 2. tumpuan hormat, (orang) yg dihormati: beliaulah ~ penduduk-penduduk di daerah ini; 3. Id yg dilantik kerana menghormati, kehormat; anggota ~ ahli kehormat; ketua ~ ketua kehormat; 4. kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggi­an: Majlis Raja-Raja bersidang kerana membincangkan perkara yg bersangkut dgn kebesaran, ~ dan kedudukan raja-raja; dia sekarang mengejar ~; 5. nama baik, harga diri: mempertahankan nyawa dan ~; ~ diri kemuliaan (kemegahan) atau nama baik diri seseorang; 6. kemurnian, kesucian (wanita): apabila seorang pemuda menceroboh ma­suk ke dlm tempat tidur seorang gadis dgn niat hendak mencabul ~nya, ia akan didenda 22 rial; penghormatan perihal atau perbuatan meng­­hormati, pemberian hormat: rukuk dan sujud merupakan ~ seseorang hamba kpd Tuhan­nya; ~ terakhir perbuatan memberikan peng­hormatan kpd jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan, mis menziarah, ber­tafakur dsb; penghormat 1. yg menghormati; 2. yg di­buat (dipakai) kerana menghormati: barisan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hor.mat] | حرمت

Definisi : 1 perbuatan yg menunjukkan rasa khidmat atau takzim kpd seseorang: Apabila guru masuk ke bilik darjah, murid-murid pun berdiri memberi ~ kpdnya. 2 menaruh atau memberi pengharga­an terhadap seseorang: Wajib kita ~ kpd ibu dan bapa kita. 3 sopan; santun; takzim: Budak itu sangat ~. berhormat 1 memberi hormat: Kita mesti ~ kpd guru kita. 2 diberi hormat; dihargai: Encik Ahmad tergolong dlm orang yg ~ di situ. Yang ~ gelaran yg diberikan kpd wakil-wakil rakyat. menghormati 1 memberi hormat kpd: ~ ibu dan bapa. 2 memuliakan; menghargai: Setiap bangsa di dunia ini mempunyai pahlawannya masing-masing yg sentiasa disanjung dan dihormati. terhormat dimuliakan atau dihormati: kpd yg ~ saudara Ahmad. kehormatan 1 pemberian kerana menghargai jasa seseorang; penghargaan: Sbg menghargai jasanya yg besar itu, Florence Nightingale telah dikuniai ~ “Order of Merit” oleh Raja Inggeris dlm tahun 1907. 2 nama baik atau harga diri seseorang: menjaga ~ diri. 3 kebesaran atau kemuliaan raja-raja dll: ~ Raja-Raja Melayu. penghormatan perbuatan (cara, hal) memberi hormat atau menghormati. ~ terakhir perbuatan memberi hormat kpd jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan. penghormat yg memberi hormat. kehormat 1 orang yg dihormati dlm majlis dll: Banyak tetamu ~ yg menghadiri majlis itu. 2 yg dilantik atau dipilih kerana menghormatinya: doktor ~. 3 orang yg jasanya tidak dibayar: bendahari ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hormat (kata nama)
Bersinonim dengan takzim, sopan santun, khidmat;,
Kata Terbitan : berhormat, menghormati, terhormat, kehormat, kehormatan, penghormatan, penghormat,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TABIK

Tabik ialah gerak isyarat untuk menyapa yang

biasanya untuk menyatakan rasa hormat atau sopan

santun. Berbagai-bagai jenis tabik dalam tentera

menunjukkan rasa hormat kepada pegawai,

bendera atau negara. Tabik lain meliputi berjabat

tangan dan gerakan yang rencam dengan senjata

yang dibuat oleh pemain pedang.

UMUM 
NOVEMBER

November ialah bulan ke-11 dalam satu tahun

mengikut kalendar Gregory, yang digunakan

hampir seluruh dunia hari ini. Ia mendapat

namanya daripada novem, perkataan Latin bagi

sembilan . Dalam kalendar awal orang Rom,

November ialah bulan kesembilan. Oleh sebab

Julai dinamakan sempena Julius Caesar dan Ogos

bagi Augustus Caesar, Senat Rom menawarkan

bulan ke-11 sempena Tiberius Caesar. Dia dengan

hormat menolaknya, dengan berkata, “Apakah

yang anda akan lakukan jika anda mempunyai 13

orang maharaja?” Pada asalnya bulan November

mempunyai 30 hari, kemudian 29, dan 31. Sejak

zaman Augustus, ia telah mempunyai 30 hari.

UMUM 
ORANG-ORANG BESAR

ORANG-ORANG BESAR, gelaran untuk golongan bangsawan. Dalam masyarakat Melayu tradisional, golongan bangsawan (pembesar Melayu) dianggap sebagai satu kelas sosial di negeri-negeri Melayu. Golongan pemerintah dan golongan rakyat dianggap sebagai satu unsur asas bagi struktur politik dan sosial Melayu. Orang-orang besar dibezakan secara jelas di hampir semua kawasan petempatan Melayu berdasarkan keturunan dan ikatan perkahwinan. Justeru itu, amat sukar bagi rakyat biasa bertukar taraf menjadi golongan pemerintah di daerah yang latar belakang keluarganya telah dikenali ramai. Rakyat biasa lazimnya berasa rendah diri dan menggunakan bahasa yang halus serta membongkokkan badan sebagai tanda hormat, apabila berhadapan dengan orang-orang besar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran

Kembali ke atas