ACTH ialah kependekan bagi bahan kimia adrenocorticotrophic hormone (hormon adrenokortikotrofik). Hormon ini dihasilkan, disimpan dan dilepaskan ke dalam darah oleh kelenjar pituitari, organ sebesar kacang pis yang terletak di pangkal otak. ACTH diperlukan untuk pertumbuhan dan fungsi yang normal bagi kelenjar adrenal, dua organ yang terletak di atas ginjal. ACTH merangsang kelenjar adrenal untuk mengeluarkan pelbagai hormon, termasuk kumpulan yang dikenali sebagai glukokortikoid. Glukokortikoid mengawal penggunaan makanan yang dihadam dan membantu badan menyesuaikan diri dengan tekanan. |