Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HUBUNGAN ANTARABANGSA UMUMKonsep
TIMUR

Timur , dalam hubungan antarabangsa. Lihat

Perang Dingin.

UMUM 
SAINS POLITIK

Sains politik ialah kajian sistematik tentang

kehidupan politik. Ahli sains politik mencari

jawapan kepada soalan seperti “Atas dasar apakah

yang mewajarkan tindakan kerajaan?” dan “Untuk

kepentingan siapakah kerajaan bertindak?” Mereka

mengkaji pelbagai bentuk kerajaan dan juga parti

politik, kumpulan yang mempengaruhi kerajaan,

pilihan raya, hubungan antarabangsa, dan

perkhidmatan awam. Kesemua ini adalah aktiviti

individu dan kumpulan yang melibatkan hubungan

asas manusia. Sains politik adalah berhubung

dengan nilai asas, seperti kesamaan, kebebasan,

keadilan, dan kuasa.

UMUM 
PEMINJAMAN BAHASA EROPAHPEMINJAMAN BAHASA EROPAH, proses peminjaman dalam bahasa Melayu.  Hubungan rapat antara Nusantara dengan Eropah dari segi ekonomi berlaku semenjak 2000 tahun dahulu.  Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa dalam sistem ekonomi itu dipengaruhi dan mempengaruhi bahasa lain.  Sesungguhnya, kata-kata Eropah sudah lama diserapkan ke dalam bahasa Melayu melalui bahasa lain, terutamanya melalui bahasa Arab.  Misalnya, perkataan ‘falsafah’ yang dipinjam daripada bahasa Arab sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani.  Begitu juga beberapa nama tempat dan orang yang terdapat dalam Sejarah Melayu , umpamanya Rom, Makaduniah dan Iskandar, berasal daripada bahasa Yunani.
BAHASAKonsep
ROOT, ELIHU

Root, Elihu (1845–1937), negarawan Amerika yang

paling diingati kerana usahanya untuk mewujudkan

keamanan antarabangsa. Dari tahun 1905 hingga

tahun 1909, dia berkhidmat sebagai setiausaha

negara Amerika di bawah Presiden Theodore

Roosevelt. Sebagai setiausaha negara, Root berusaha

untuk memperbaiki hubungan Amerika Syarikat

dengan negara-negara di Amerika Latin dan Jepun.

Dia juga merundingkan beberapa perjanjian untuk

menamatkan pertelingkahan antara Amerika Syarikat

dengan negara-negara lain. Pada tahun 1912, dia

menerima Hadiah Nobel untuk Keamanan sebagai

menghargai sumbangannya terhadap keamanan

dunia.

UMUM 

Kembali ke atas