Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hud] | هود

Definisi : 1. bumbung kereta yg boleh dilipat; 2. alat elektrik yg digunakan sbg penyedut asap, minyak dsb yg terpasang pd bahagian atas dapur; 3. penutup kepala yg terlekat pd baha­gi­an belakang leher baju. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hud] | هود

Definisi : 1 alat elektrik yg digunakan sbg penyedut asap, minyak dsb yg terpa­sang pd bahagian atas dapur. 2 penutup kepala yg terlekat pd bahagian belakang leher baju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hud


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH HUD

Surah Hud ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-11 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 123 ayat.

Ia dinamakan surah Hud kerana meraikan

kesungguhan Nabi Hud a.s. dalam menyampaikan

dakwah di jalan Allah S.W.T.

UMUM 
NABI HUD A.S.

Nabi Hud a.s. ialah salah seorang daripada utusan

Allah. Nabi Hud a.s. diutuskan kepada kaum ‘Ad iaitu

kaum Arab yang paling awal yang diketahui. Dalam

al-Qur’an diceritakan bahawa terdapat kaum ‘Ad I

dan kaum ‘Ad II. Kaum ‘Ad I ialah ‘Ad Irm yang

tinggal di dalam khemah. Manakala kaum ‘Ad II ialah

penduduk negeri Yaman dari keturunan Qahtan,

Saba ’ dan keturunan dari keduanya. Zaman

kehidupan kaum ‘Ad ini tidak diketahui dengan

tepat. Ini disebabkan al-Qur’an sendiri dan hadith-

hadith tidak menyebutkan tentang tarikh kewujudan

mereka. Selain itu, tidak terdapat bukti dari kesan-

kesan yang ditinggalkan sama ada berbentuk

tulisan-tulisan sejarah yang mungkin boleh dibuat

sandaran berhubung dengan tarikh kewujudan

mereka.

UMUM 
MAMBA

Mamba ialah nama tiga spesies ular yang sangat

berbisa, yang terdapat di bahagian tengah dan

selatan Afrika. Mamba berkait rapat dengan ular
 
tedung, tetapi tidak mempunyai hud sebagaimana

ular tedung (lihat Ular tedung).
UMUM 
SURAH AL-AHQAF

Surah al-Ahqaf ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-46 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an al-Karim dan mengandungi

35 ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Ahqaf

kerana ia merupakan tempat tinggal kaum ‘Ad yang

dibinasakan oleh Allah S.W.T. disebabkan

kezaliman dan keangkuhan mereka. Tempat tinggal

mereka di al-Ahqaf ini terletak di Yaman. Firman

Allah S.W.T. yang bermaksud:

Dan ingatlah peristiwa(Nabi Hud) saudara kaum

‘Ad, tatkala dia memberi peringatan kepada

kaumnya yang tinggal di lembah al-Ahqaf.”

(Surah al-Ahqaf 46:21)

UMUM 

Kembali ke atas