Muzanniy, al- (175 H.–264 H./791 M.–878 M.), pakar dalam bidang usul fiqh. Nama penuhnya ialah Isma‘il ibn Yahya ibn Isma‘il al-Muzanniy al-al- Syafi’i. Dia lahir di Mesir dan mendampingi Imam al-Syafi’i ketika dia datang ke Mesir serta belajar darinya dan merupakan salah seorang murid Imam al-Syafi’i yang paling hampir dengannya. Imam al- Syafi’i mengiktiraf kekuatan hujah-hujahnya dengan berkata, “Sekiranya al-Muzanniy berbahas dengan syaitan, nescaya syaitan pun akan dikalahkannya”. |