Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : air hujan yg dicemari asid yg dibebaskan ke udara drpd kilang, asap kereta dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : air hujan yg dicemari asid yg boleh mendatangkan akibat buruk, terutamanya pd tumbuh-tumbuhan atau boleh mencemari air tasik, kolam dsb (asid yg terbentuk berpunca drpd percampuran asap yg dibebaskan ke udara dr kilang atau asap kereta dsb dgn lembapan udara). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hujan (kata nama)
Kata Terbitan : berhujan, menghujani, menghujankan, kehujanan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULFUR DIOKSIDA

Sulfur dioksida ialah gas beracun tidak berwarna,

dan mempunyai bau yang menusuk hidung. Sulfur

dioksida terbentuk secara semula jadi daripada

aktiviti gunung berapi dan daripada pereputan jirim

organik. Ia boleh dibuat dengan membakar sulfur

atau memanaskan sebatian sulfur logam. Ia juga

dilepaskan ke dalam atmosfera oleh loji penapisan

minyak, kilang dan loji kuasa elektrik yang membakar

batu arang atau minyak. Dalam udara yang dihidu

manusia, bahan ini boleh merengsakan mata dan

sistem pernafasan. Ia juga mungkin larut dalam titisan

air untuk membentuk hujan asid, yang boleh

mendatangkan mudarat atau membunuh hidupan liar

dan merosakkan bangunan. Hujan asid juga mungkin

terbentuk apabila sulfur dioksida di udara bertukar

menjadi sulfur trioksida. Banyak kerajaan

mengehadkan amaun sulfur dioksida yang boleh

dilepaskan oleh industri ke dalam udara.

UMUM 
ASID NITRIK

Asid nitrik ialah asid tak organik kuat dengan

formula kimia HNO 3 . Asid nitrik mempunyai

banyak kegunaan industri, dan kegunaan

utamanya ialah untuk menghasilkan baja dan

bahan letupan. Sejumlah besar asid nitrik terhasil

semasa ribut petir dan turun ke bumi bersama

hujan. Hujan turun sebagai larutan asid nitrik yang

sangat lemah. Penghasilan asid nitrik semasa ribut

petir membolehkan nitrogen dari udara menjadi

sebahagian daripada tanah dalam bentuk yang

boleh digunakan oleh tumbuh-tumbuhan (lihat

Kitaran nitrogen ). Asid nitrik adalah antara asid

yang pertama pernah diketahui, dan digunakan

oleh banyak ahli kimia Zaman Pertengahan di

dalam eksperimen mereka.

UMUM 

Kembali ke atas