Mendeleev, Dmitri Ivanovich (1834–1907) ialah ahli kimia Rusia yang mencipta suatu bentuk hukum berkala, iaitu prinsip asas dalam kimia. Hukumnya menyatakan bahawa sifat-sifat unsur kimia berulang mengikut pola yang tetap apabila unsur-unsur itu tersusun mengikut berat atomnya. Usaha Mendeleev, berserta usaha ahli kimia Jerman, Julius Lothar Meyer, melahirkan jadual berkala, iaitu susunan unsur secara sistematik (lihat Unsur kimia [Jadual berkala unsur]). |