| PIEDMONT | Piedmont ialah wilayah Itali di kawasan lembah hulu Sungai Po. Untuk lokasi, lihat Itali (peta politik). Nama Piedmont bermaksud kaki gunung iaitu merujuk kepada kedudukan kawasan yang terletak di kaki Banjaran Alp. | UMUM | |
| DEMANG LEBAR DAUN | Demang Lebar Daun (? – ?), mangkubumi kerajaan Palembang. Dia menguasai Muara Tatang (Batanghari), hulu Sungai Melayu. Bukit Siguntang terletak di kawasan ini. Menurut Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun ialah orang yang pertama menggunakan bahasa diraja seperti ‘Yang Dipertuan’ dan ‘Patik’ dalam perbualannya. | UMUM | |
| MZILIKAZI | Mzilikazi (c. 1795–1868) ialah pengasas negara Ndebele, yang kini dikenali sebagai Zimbabwe. Dia ialah ketua puak Khumala yang tinggal berdekatan hulu Sungai Mkuze di Zululand pada awal tahun 1800-an. Ndebele mengasaskan empayar yang kuat dengan menghancurkan dan menyerapkan kebanyakan puak Sotho dan kemudiannya puak Tswana. Mzilikazi telah mengetuai pengikutnya menyeberangi Limpopo dan ke bukit Matopo, di Zimbabwe, tempat mereka membina perkampungan tetap di situ. | UMUM | |
| BARUH | BARUH, merujuk kawasan di bahagian lembah, bersetentangan dengan darat di sebelah hulu sungai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
| SUNGAI RHÔNE | Sungai Rhône ialah jalan air komersial yang penting di Perancis. Sungai ini masyhur kerana keindahan lembahnya. Hulu sungai ini bermula di glasier Rhône di Switzerland, di paras ketinggian melebihi 1500 meter. Tanah liat glasier yang dibawa oleh sungai ini dari Pergunungan Alps Switzerland membuatkan air Sungai Rhône hampir keruh. Tetapi semasa aliran sungai ini melalui Tasik Geneva, ia kehilangan kebanyakan tanah liat glasier di dasar tasik itu. Warna biru jernih air sungai ini selepas ia meninggalkan Tasik Geneva, memberi inspirasi kepada pemuisi Inggeris, Lord Byron, untuk memerikannya sebagai “deruan biru Rhône yang meluru seperti anak panah.” | UMUM | |
| SHAD | Shad ialah nama bagi beberapa spesies ikan bak hering. Shad membesar sehingga kira-kira 60 sentimeter panjangnya dan beratnya lebih daripada satu kilogram. Shad Amerika ialah ikan makanan yang popular. Ia hidup di sepanjang Pantai Atlantik di Amerika Utara, dari Newfoundland hingga ke Florida. Ia memakan plankton (organisma laut mikroskopik), terutamanya krustasea yang dinamakan kopepod. Shad ditangkap dengan jala semasa ia berhijrah ke hulu sungai untuk bertelur. Sesetengah shad dimakan sebagai ikan salai. Telurnya dimakan sama seperti kaviar. Shad twaite hidup di laut di Eropah. Ia dinamakan ikan mei kerana ia berhijrah ke hulu sungai pada bulan Mei setiap tahun. Sesetengahnya hidup di tasik yang dikelilingi daratan dan tidak berhijrah. | UMUM | |
| TUN SABAN | TUN SABAN (1480-an – 1550-an), pemerintah daerah hulu Sungai Perak hingga ke Kuala Tempong, Tun Saban juga dikenali sebagai Tun Saban. Tun Saban dikatakan berketurunan raja Beruas. Ini berdasarkan anggapan bahawa raja Beruas yang telah dinobatkan oleh Sultan Mahmud pada awal abad ke-16 dahulu membawa gelaran Tun Aria Bija Diraja. Putera-putera baginda juga memakai gelaran Tun misalnya Tun Rana dan Tun Sayid. Bagaimanapun asal usul dan salasilah Tun Saban yang sebenarnya tidak dapat diketahui dengan jelas. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| BATEK | BATEK, satu kelompok suku bangsa Negrito yang terdapat di sekitar bahagian hulu Sungai Tembeling dan Sungai Kechau di Pahang; dan di Sungai Galas, Sungai Chiku, Sungai Taku, Sungai Lah, dan Sungai Lebir di Kelantan serta Sungai Besut di Terengganu. | BUDAYA | Konsep |
| SUNGAI MOSELLE | Sungai Moselle, cawangan Sungai Rhine, bermula dari Pergunungan Vosges di timur Perancis. Sungai Moselle mengalir hala ke timur laut sejauh 513 kilometer dan mengalir masuk ke Sungai Rhine di Koblenz, Jerman. Ia dikenali sebagai Mosel di Jerman. Sebahagian besar sungai ini adalah cetek. Terusan sepanjang 274 kilometer membolehkan tongkang sampai sehingga 320 kilometer ke hulu sungai. | UMUM | |
| BUKIT SEGUNTANG | BUKIT SEGUNTANG, daerah yang terletak berhampiran Hulu Sungai Musi dan kedukan Bukit, tempat ditemui prasasti kedukan Bukit. Pada zaman penjajahan Belanda, Bukit Seguntang, diletakkan dalam daerah Malayu dan kini berada dalam Propinsi Sumatera Selatan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |