Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) ialah syarikat minyak dan gas negara yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Ditubuhkan pada 17 Ogos 1974, PETRONAS diperuntukkan hak milik dan pengawalan sepenuhnya ke atas semua sumber minyak dan gas Malaysia, mengikut Akta Kemajuan Petroliam 1974. Sejak penubuhannya, PETRONAS telah mempelbagaikan kegiatannya daripada usaha eksplorasi minyak serta gas di peringkat huluan kepada aktiviti penapisan minyak, pemprosesan, pencecairan dan penyaluran gas asli; pengeluaran petrokimia; pemasaran dan pengangkutan di peringkat hiliran. PETRONAS mempunyai kepentingan perniagaan di lebih daripada 30 buah negara. Sehingga akhir bulan Mac 2002, kumpulan PETRONAS terdiri daripada 73 anak syarikat milik penuh, 21 anak syarikat milik sebahagian dan 45 syarikat usaha sama. |