HUMOR VITREUS | | UMUM | |
ADE, GEORGE | Ade, George (1866–1944) ialah penulis Amerika yang menulis karya humor dan drama. Dia juga ialah seorang wartawan. Ade menjadi masyhur menerusi cerita lucunya yang ditulis dalam bahasa percakapan harian dan slanga popular kawasan luar bandar Midwest, terutamanya dialek Indiana, negeri kelahirannya. Karya Ade yang terkenal ialah Fables in Slang (1899), sebuah koleksi cerita yang mencontohi Aesop’s Fables . | UMUM | |
DAY, CLARENCE | Day, Clarence (1874–1935), penulis Amerika. Dia menjadi terkenal kerana dua buku sketsa humor mengenai keluarganya yang bertajuk Life with Father (1935) dan Life with Mother (diterbitkan pada tahun 1937, selepas dia meninggal dunia). Buku ini telah dijadikan drama, Life with Father (1939), yang menjadi satu daripada drama yang paling popular dalam sejarah teater Amerika. | UMUM | |
DENNIS, C.J. | Dennis, C.J. (1876–1938) yang mendapat gelaran Laureate of the Larrikin, dianggap salah seorang penyair Australia yang penuh humor dan lucu. Dia popular kerana baladanya yang bertenaga, ditulis dalam loghat larrikin (iaitu bahasa generasi anak muda liar) dalam masyarakat Australia. | UMUM | |
DAHL, ROALD | Dahl, Roald (1916–1990), penulis prolifik yang menulis cerita kanak-kanak, fiksyen dewasa dan skrip filem. Ceritanya berunsur seram atau fantasi, humor yang menggerunkan dan akhir cerita yang mengejutkan. | UMUM | |
SPARK, MURIEL | Spark, Muriel (1918– ) ialah wanita British yang terkenal kerana novel pendeknya. Spark mengisi novelnya dengan dialog yang berjenaka, watak aneh, dan peristiwa pelik. Unsur ini biasanya humor, tetapi Spark mengolahnya untuk mendalami persoalan moral dan agama yang serius. | UMUM | |
LI BO | Li Bo (701–762) ialah salah seorang pujangga China yang agung. Namanya dieja dengan beberapa cara, tetapi cara yang paling biasa ialah Li Po dan Li Bai. Puisinya dikagumi kerana bahasanya yang meyakinkan, wit, humor, dan gambaran romantiknya tentang alam semula jadi, terutamanya tentang bulan. Li Bo juga menulis puisi yang memuji kebaikan wain. Dia menggubah banyak puisi di bankuet dan majlis istimewa untuk menghiburkan kawan-kawan dan penaungnya. Dia percaya karyanya yang terpenting ialah puisi tentang etika dan norma kesusilaan. | UMUM | |
SALINGER, J.D. | Salinger, J.D. (1919– ), pengarang Amerika yang menjadi terkenal kerana novelnya The Catcher in the Rye (1951). Wira novel ini yang juga penceritanya, Holden Caulfield, ialah penuntut yang tercicir dari sekolah persediaan. Semasa hanyut di New York City, Holden belajar menghadapi kepura-puraan yang ditemuinya dalam kehidupan dunia orang dewasa dan kelemahannya sendiri. Dalam novel ini dan dalam banyak fiksyen yang dihasilkannya kemudian, Salinger secara humor dan meyakinkan menggambarkan ucapan, gerak-geri dan perasaan orang muda. | UMUM | |
TAWABI' WA AL-ZAWABI', AL- | Tawabi‘ wa al-Zawabi‘, al- ialah karya sastera yang ditulis oleh Abu Amir Ahmad ibn Abd al- Malik ibn Shuhayd al-Qurtubiy al-Andalusiy (382– 426 H.). Karya ini merupakan kisah khayalan yang menceritakan tentang pengembaraan dalam alam jin. Wiranya bertemu dengan sasterawan-sasterawan jin lalu dia mempelajari ilmu itu daripada mereka dan dalam cerita ini berlangsung perbincangan antara mereka. Beberapa bentuk kritikan dan humor yang terhad dimasukkan ke dalamnya. | UMUM | |
KESUSASTERAAN SEPANYOL | Kesusasteraan Sepanyol ialah salah satu daripada kesusasteraan yang paling kaya dan pelbagai antara semua kesusasteraan Eropah. Selain mempunyai keperibadian yang teguh, penulis Sepanyol terdedah kepada kesusasteraan tradisi Kebaratan Eropah serta tradisi Ketimuran Afrika Utara. Hasilnya mereka melahirkan satu kesusasteraan yang bersifat asli, kemas, realistik, berwarna-warni, humor, dan berlirik. | UMUM | |