ORANG HUN | Orang Hun ialah puak yang berkelana serta suka berperang. Mereka menyerang Empayar Rom pada tahun 400-an M. Di bawah arahan Attila, pemimpin mereka yang terpenting, orang Hun hampir-hampir memusnahkan Empayar Rom di timur dan di barat. | UMUM | |
ATTILA | Attila ( ? –453 M.) ialah raja yang menyatukan orang Hun, iaitu orang Mongoloid yang mula menyerang empayar Rom pada akhir tahun 300- an M. Attila mewarisi kerajaan Hun yang berpusat secara kasar di Hungary kini. Baginda menakluk wilayah di sekitarnya, sehingga orang Hun berjaya menguasai kawasan yang menganjur dari Sungai Danube hingga ke Laut Baltik, dan dari Sungai Rhine hingga ke Laut Kaspia. | UMUM | |
PERTEMPURAN VERDUN | Pertempuran Verdun. Verdun ialah salah satu bandar tertua di Perancis yang pernah menjadi medan pertempuran semenjak Attila the Hun berusaha untuk memusnahkan bandar tersebut pada tahun 450 M. Bandar ini terletak di Sungai Meuse di bahagian utara Perancis, kira-kira 80 kilometer dari sempadan Jerman. Bandar ini sering menjadi penampan serangan musuh. | UMUM | |
SHENYANG | Shenyang (pend. 4 130 000), juga dikenali sebagai Mukden, ialah ibu provinsi Liaoning di China. Shenyang terletak di Manchuria, di tebing Sungai Hun. Lima laluan kereta api bertemu di Shenyang. Bandar raya ini terletak di tengah-tengah bahagian Manchuria yang paling ramai penduduknya. Shenyang mempunyai tiga buah lapangan terbang. Kilang di Shenyang mengeluarkan barangan logam, peralatan jentera, dan kapal terbang. | UMUM | |
KERETA API KAYU JOHOR | KERETA API KAYU JOHOR, landasan kereta api pertama digunakan di Semenanjung Tanah Melayu. Pembinaan landasan kereta api itu adalah cetusan idea Sultan Abu Bakar, Sultan Johor (mm. 1862-1895). Baginda berminat dengan sistem kereta api ketika melawat England. Pembinaan bermula pada tahun 1869 dan menjelang tahun 1877, walaupun landasan kereta api belum siap, projek itu terpaksa ditinggalkan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kenderaan/Pengangkutan |