ETNOGRAFI | Etnografi ialah cabang ilmu antropologi yang menghasilkan huraian saintifik mengenai budaya kontemporari. | UMUM | |
RABELAIS, FRANÇOIS | Rabelais, François (1494?–1553?) ialah ahli humanisme Perancis yang menghasilkan dua hikayat komedi yang berjudul Gargantua and Pantagruel . Gargantua dan anaknya Pantagruel ialah gergasi yang kuat makan. Dalam karyanya, Rabelais menggunakan lawak jenaka untuk mempersoal dan menguji institusi-institusi yang paling penting pada zamannya. Misalnya, huraian komedi tentang pendidikan Gargantua sebenarnya mengkritik kaedah pendidikan pada masa itu dan mengutarakan buah fikiran Rabelais sendiri dalam perkara yang sama. Walaupun terkenal kerana humornya yang agak kasar, Rabelais menulis dengan serius tentang banyak perkara. | UMUM | |
SYDENHAM, THOMAS | Sydenham, Thomas (1624–1689), salah seorang doktor Inggeris yang paling dikagumi pada zamannya. Dia berpendapat bahawa perubatan hendaklah dipelajari melalui pengalaman di katil pesakit dan amalan perubatan hendaklah didasarkan pada pemerhatian, bukannya dengan membaca buku atau menggunakan teori. Dia merupakan pemerhati yang tajam dan memberikan huraian yang sangat baik tentang gout, demam skarlet, campak dan influenza. | UMUM | |
DATUK BENTARA LUAR | DATUK BENTARA LUAR, gelaran pembesar dalam kerajaan Melayu. Antara negeri yang menggunakan gelaran ini termasuklah Kelantan dan Johor. Dalam huraian tentang Datuk Bentara Luar ini, rujukan hanya kepada negeri Johor. Pada tahun 1883, kerajaan Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar mewujudkan semula gelaran Datuk Bentara Luar kepada pegawai yang menjadi Ahli Jemaah Menteri. Gelaran Datuk Bentara Luar disandang oleh Muhammad Salleh Perang, yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Jabatan Tanah Negeri. Namun begitu pada tahun 1895, berkuatkuasa fasal 39, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor, tidak mensyaratkan seseorang itu menjadi menteri bergelar Datuk, sama ada gelaran kepada pegawai kerajaan atau Datuk yang dianugerahkan oleh Sultan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
DAFTAR EJAAN MELAYU JAWI-RUMI | DAFTAR EJAAN MELAYU JAWI-RUMI, sebuah buku yang mengandungi huraian terperinci tentang tulisan Jawi dan Rumi, petua-petua ejaan Jawi, senarai kata Melayu, dan petua ejaan Rumi. Buku ini diusahakan (dipungut, dikumpulkan, disusun dan diatur) oleh Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) dan diterbitkan oleh Pejabat Karang Mengarang di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim. Buku ini pertama kali dicetak pada tahun 1949 di Gudang Cap Printers Limited, Singapura, dan tergolong dalam siri ‘The Malay School Series No. 31’. | BAHASA | Karya |
ADDISON, JOSEPH | Addison, Joseph (1672–1719), penulis dan ahli politik Inggeris. Dia paling terkenal kerana gandingannya dengan Sir Richard Steele, menulis dan menerbitkan The Spectator, yang mengandungi satu siri 555 esei popular yang diterbitkan pada tahun 1711 dan pada tahun 1712. Esei ini bertujuan memperbaik moral dan tatatertib, mempertingkat tahap kebudayaan pembaca daripada golongan kelas menengah, dan memperkenalkan idea sains dan falsafah yang penting. Kebanyakan esei ini mengandungi huraian mengenai perilaku dalam masyarakat, percintaan dan perkahwinan, dan sastera. | UMUM | |
DATUK BENTARA DALAM | DATUK BENTARA DALAM, salah satu gelaran pembesar dalam kerajaan Melayu. Selain Johor, gelaran Datuk Bentara Dalam juga terdapat di Kelantan dan Terengganu. Pada tahun 1940-an, jawatan Datuk Bentara Dalam di Terengganu disandang oleh kerabat diraja dan gelarannya Tengku Bentara Dalam. Dalam huraian tentang bidang kuasa dan tugas Datuk Bentara Dalam, rujukan adalah kepada kerajaan Johor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
DATO' SERI AGAR DIRAJA | DATO’ SERI AGAR DIRAJA, salah satu gelaran Orang Besar dalam kerajaan Melayu. Gelaran ini pernah disandang oleh Tun Mahmud yang menjadi pemerintah Selangor pada masa Kesultanan Melaka. Dalam huraian tentang Dato’ Seri Agar Diraja ini, rujukan khusus kepada negeri Perak. Dalam Kesultanan Perak, Dato’ Seri Agar Diraja ialah gelaran bagi Orang Besar Delapan. Penyandang gelaran ini lebih dikenal dengan panggilan Dato’ Sagor. Isterinya digelar Tuk Puan, manakala pembantunya dikenal dengan gelaran Paduka Raja. Pada tahun 1860-an, gelaran Dato’ Seri Agar Diraja disandang oleh Ngah Kamdin. Dia diberi kuasa oleh Sultan Perak menguruskan pentadbiran di kawasan tebing Sungai Perak, iaitu di antara Kampung Gajah dengan Pulau Tiga. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
FENOMENON PENGANGKUTAN | Mekanisme pemindahan kuantiti asas, iaitu jisim, tenaga, dan momentum dari suatu tempat ke suatu tempat lain. Proses pengangkutan berlaku setiap detik. Udara sentiasa bergerak. Air sungai pula sentiasa mengalir. Matahari sentiasa menyinari bumi pada siang hari. Kepulan asap meresap ke udara dari serombong kilang, rumah atau kenderaan. Kefahaman tentang fenomenon pengangkutan amat penting untuk menganalisis dan mereka bentuk peralatan loji pemprosesan. Pengetahuan berkaitan ciri-ciri kuantiti asas dan mekanisme pengangkutan diperlukan bagi menentukan jenis reka bentuk yang sesuai. Begitu juga huraian secara terperinci tentang mekanisme pengangkutan menjadi amat bermakna dalam menerangkan operasi peralatan tersebut....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
BURUNG-BURUNG MANYAR | BURUNG-BURUNG MANYAR, novel-esei Y.B. Mangunwijaya. Novel ini berkisar di sekitar makna kepahlawanan dan patriotisme, dengan latar tiga zaman, yakni zaman penjajahan Belanda, revolusi dan zaman kemerdekaan Indonesia. Novel yang penuh dengan huraian ini diterbitkan pada tahun 1981 oleh penerbit Djambatan, Jakarta. | SASTERA | Kitab |