Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hussain


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABDULLAH HUSSAIN, DATO’

Abdullah Hussain, Dato' (1920– ),

Sasterawan Negara yang kelapan. Sumbangannya

yang cukup penting dalam kesusasteraan Melayu

adalah dalam bidang cerpen dan novel. Di samping

itu, dia  pernah menghasilkan puisi, novel dan

cerpen asing.

UMUM 
ABDULLAH HUSSAIN, DATO

ABDULLAH HUSSAIN, Dato (1920 -      ), penulis, wartawan, aktivis politik dan Sasterawan Negara yang kelapan. Dia lahir pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau, Yan, Kedah. Dalam penulisan, dia banyak menggunakan nama samaran, antaranya termasuklah Iskandar Muda, Roslani Ashikin, Suryakanta dan Zamroed.

SASTERAKonsep
KHALID M. HUSSAINKHALID M. HUSSAIN (1937-        ), penulis dan pengkaji teks Melayu klasik. Dia lahir pada 2 November 1937 di Kulim, Kedah. Nama sebenarnya ialah Khalid bin Muhammad Hussain. Dia juga menggunakan nama samaran Kalidas dan Pemerhati.SASTERATokoh
HUSSAIN CHE' DOLHUSSAIN CHE’ DOL (1904-1967), ahli agama dan politik. Dia lahir pada tahun 1904 di Kampung Gajah Mati, Pendang, Kedah. Dia menerima pendidikan agama di pondok ayahnya dan di Pondok Tuan Guru Haji Abdullah Chauk, Patani sebelum belajar di Makkah, tetapi terpaksa pulang ke tanah air kerana masalah kesihatan. SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MUSTAPHA HUSSAINMUSTAPHA HUSSAIN (1910-1986), nasionalis. Dia lahir pada 21 Ogos 1910 di Matang, Taiping, Perak. SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ABDULLAH HUSSAIN, DATO (SN)

Abdullah Hussain, Dato’ (1920-   ), Sasterawan Negara yang kelapan dan penulis. Beliau lahir pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau, Yan, Kedah Darul Aman. Dalam penulisan, Abdullah menggunakan nama pena seperti Aslu, Bintang Kecil, Iskandar Muda, Roslani Ashikin, Suryakanta dan Zamroed.

SASTERATokoh
TUAN HUSSAIN KEDAH

TUAN HUSSAIN KEDAH (1863 – 1936), ulama. Dia lahir pada 2 November 1863 di Kampung Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Nama sebenarnya ialah Tuan Hussain bin Muhammad Nasir bin Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari. Dia adalah seorang ulama terkenal di Kedah. Moyangnya, Syekh Arsyad al-Banjari (1710 – 1812) adalah mufti negeri Banjar (Banjarmasin, Kalimantan). Datuknya, Haji Muhammad Taib, seorang ulama dan mufti Kedah pada abad ke-19.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYED HUSSAIN JAMALULLAIL

SYED HUSSAIN JAMALULLAIL (1834-1873), Raja Perlis yang pertama (1854-1873).  Baginda diputerakan pada 20 Mei 1834 di Arau, Perlis.  Baginda dilantik sebagai Raja Perlis oleh Raja Siam, Rama III, dengan sokongan dan persetujuan Raja Ligor pada tahun 1854.  ketika itu negeri Perlis masih di bawah jajahan Kedah yang dinaungi kerajaan Siam.  Baginda memberi gelaran negeri Perlis `Indera Kayangan’.  Pemerintahan baginda berdasarkan Perlembagaan Negeri Kedah.  Baginda melantik Syed Abdullah Jamalullail sebagai Raja Muda, Muhammad Arsyad bin Muhamad Yunus (Datuk Awang/Datuk Belat Paduka Seri Perdana Menteri/Datuk Arau) sebagai Perdana Menteri, Ibrahim (Alang Kecik) digelar Datuk Seri Lela Pahlawan, dan Lahim digelar Datuk Seri Indera Dewa.  Datuk Arau telah membuka tempat raja bersemayam yang dinamakan Arau.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MALAYSIA

EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MALAYSIA, sistem ejaan yang telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Kuala Lumpur dan di Jakarta pada 16 Ogos 1972. Di Kuala Lumpur, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bin Hussain manakala di Jakarta, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Presiden Suharto. Mulai saat itu, bahasa Melayu (Malaysia) dan bahasa Indonesia menggunakan sistem ejaan yang sama.

BAHASABahasa
KAMUS SIMPULAN BAHASAKAMUS SIMPULAN BAHASA, kamus yang disusun oleh Abdullah Hussain dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1966. Kamus ini diterbitkan semula sebagai edisi kedua pada tahun 1992 dengan dua pembaikan, iaitu menggunakan sistem ejaan baru yang disempurnakan dan dibuat pengemaskinian, lebih-lebih lagi daripada bahasa Melayu Brunei yang mengambil kira pengalaman penyusunan selepas bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei pada masa itu.BAHASAPenerbitan
12

Kembali ke atas