HUTAN HUJAN SEDERHANA PANAS | Hutan hujan sederhana panas, hutan yang tumbuh di kawasan iklim sederhana panas, iaitu keadaan iklim yang hampir seragam sepanjang tahun. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Flora dan Fauna |
HUTAN HUJAN TROPIKA | | UMUM | Konsep |
HUTAN HUJAN AMAZON | | UMUM | Konsep |
TAMARIN | Tamarin ialah sejenis monyet kecil yang tinggal di hutan hujan tropika di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Tamarin berkaitan rapat dengan marmoset, tetapi ia lebih besar sedikit (lihat Marmoset ). Tamarin membesar sehingga kira-kira 30 sentimeter panjangnya, tidak termasuk ekornya, yang mungkin sehingga 45 sentimeter panjangnya. Beratnya sehingga 1 kilogram. | UMUM | |
TITI | Titi ialah sejenis monyet kecil di Amerika Selatan. Ia hidup di hutan hujan tropika di Amazon, di Lembangan Sungai Orinoco dan di timur Brazil. Titi jantan dan betina lebih kurang sama besarnya. Panjangnya lebih kurang 30 sentimeter hingga 40 sentimeter dan panjang ekornya 35 sentimeter hingga 40 sentimeter. Beratnya lebih kurang satu kilogram. Bulunya berwarna kelabu, perang kemerahan atau hitam. Ia hidup di atas pokok dan sekali-sekala ia turun ke tanah. Makanan utamanya buah-buahan dan juga banyak jenis daun dan serangga. | UMUM | |
ORANG UTAN | Orang utan ialah beruk besar, berbulu kasar kemerah-merahan yang tinggal di hutan hujan tropika di Sumatera dan Borneo. Orang utan adalah mamalia penghuni pokok yang terbesar. Orang utan tingginya 90 hingga 150 sentimeter. Yang jantan mungkin beratnya dari 70 hingga 90 kilogram. Sesetengah orang utan jantan mempunyai lengan sepanjang kira- kira 2 meter. Yang betina saiznya kira-kira setengah saiz yang jantan. Orang utan jantan yang matang mempunyai pad pipi yang lebar yang terjojol dari sisi mukanya dan mempunyai kantung kerongkong yang besar. Yang betina tidak mempunyai pad pipi dan hanya mempunyai kantung kerongkong yang kecil. | UMUM | |
SURINAM | Surinam ialah negara di pantai timur laut Amerika Selatan. Gunung-ganang yang diliputi hutan hujan merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada Surinam dan kebanyakan penduduknya tinggal di kawasan datar pantai. Ia merupakan negara terkecil di Amerika Selatan, dari segi keluasan dan jumlah penduduk. Untuk mengetahui keluasan dan jumlah penduduk Surinam, lihat jadual Fakta ringkas dalam rencana ini. Hampir separuh penduduknya tinggal di Paramaribo, ibu negara, bandar terbesar dan pelabuhan utama Surinam. Kerajaan Belanda memerintah negara ini dari tahun 1667 hingga tahun 1975 apabila Surinam mencapai kemerdekaan. Sebelum mencapai kemerdekaan Surinam dikenali dengan nama Guiana Belanda. | UMUM | |
PAIN HUON | Pain huon tumbuh secara semula jadi di sepanjang atau dekat sungai di hutan hujan sederhana sejuk di barat dan barat daya Tasmania, Australia. | UMUM | |
BURUNG WHIP | Burung whip yang namanya diambil sempena siulan yang berbunyi seperti sebatan cemeti yang dihasilkan oleh burung whip timur . Burung ini hidup di kawasan hutan hujan dan kawasan semak di pantai timur Australia. | UMUM | |
SAVANA | Savana, juga dieja savannah , merupakan kawasan padang rumput yang luas dengan pokok dan pokok renek tumbuh berselerakan. Kebanyakan savana terletak di tropika, di antara gurun dengan hutan hujan. Beberapa padang rumput di kawasan sederhana juga dikenali sebagai savana. Rencana ini membincangkan savana tropika. Untuk mengetahui maklumat tentang savana yang lain, lihat Hutan (Savana). | UMUM | |