Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hutan (kata nama)
Bersinonim dengan belantara, rimba, belukar, semak, samun, semak samun, jabun, repuhan, rok;,
Kata Terbitan : menghutan, menghutankan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HUTAN HUJAN TROPIKA UMUMKonsep
TAMARIN

Tamarin ialah sejenis monyet kecil yang tinggal di

hutan hujan tropika di Amerika Tengah dan Amerika

Selatan. Tamarin berkaitan rapat dengan marmoset,

tetapi ia lebih besar sedikit (lihat Marmoset ).

Tamarin membesar sehingga kira-kira 30 sentimeter

panjangnya, tidak termasuk ekornya, yang mungkin

sehingga 45 sentimeter panjangnya. Beratnya

sehingga 1 kilogram.

UMUM 
TITI

Titi ialah sejenis monyet kecil di Amerika Selatan.

Ia hidup di hutan hujan tropika di Amazon, di

Lembangan Sungai Orinoco dan di timur Brazil. Titi

jantan dan betina lebih kurang sama besarnya.

Panjangnya lebih kurang 30 sentimeter hingga 40

sentimeter dan panjang ekornya 35 sentimeter

hingga 40 sentimeter. Beratnya lebih kurang satu

kilogram. Bulunya berwarna kelabu, perang

kemerahan atau hitam. Ia hidup di atas pokok dan

sekali-sekala ia turun ke tanah. Makanan utamanya

buah-buahan dan juga banyak jenis daun dan

serangga.

UMUM 
ORANG UTAN

Orang utan ialah beruk besar, berbulu kasar

kemerah-merahan yang tinggal di hutan hujan tropika

di Sumatera dan Borneo. Orang utan adalah mamalia

penghuni pokok yang terbesar. Orang utan tingginya

90 hingga 150 sentimeter. Yang jantan mungkin

beratnya dari 70 hingga 90 kilogram. Sesetengah

orang utan jantan mempunyai lengan sepanjang kira-

kira 2 meter. Yang betina saiznya kira-kira setengah

saiz yang jantan. Orang utan jantan yang matang

mempunyai pad pipi yang lebar yang terjojol dari sisi

mukanya dan mempunyai kantung kerongkong yang

besar. Yang betina tidak mempunyai pad pipi dan

hanya mempunyai kantung kerongkong yang kecil.

UMUM 
MONYET TUPAI

Monyet tupai ialah monyet kecil, berwarna

cerah yang hidup dalam kumpulan yang besar.

Kebanyakan kumpulan terdiri daripada 10 ekor

hingga 50 ekor monyet, tetapi sesetengahnya

mempunyai sehingga 500 ekor. Monyet tupai

hidup di hutan di Amerika Tengah dan Amerika

Selatan, dari Costa Rica hingga ke Bolivia. Ia

bergerak pantas di atas pokok dan di tanah,

mencari buah dan serangga untuk dimakan. Ia

menggunakan ekor yang panjang sebagai

pengimbang apabila berdiri atau melompat, tetapi

bukan untuk berpaut. Kebanyakan monyet tupai

membesar kira-kira 30 sentimeter panjangnya,

tidak termasuk ekornya dan beratnya kurang

daripada satu kilogram. Monyet tupai

kebanyakannya berwarna kuning atau kuning

kehijauan. Belakangnya berwarna kelabu abu atau

perang kemerahan dengan warna keemasan atau

hijau buah zaitun. Leher, muka dan dadanya

berwarna putih atau kuning cerah. Hidung dan

bahagian mulutnya yang berbeza ketara dengan

berwarna hitam bulu putih di sekeliling matanya.

Lihat juga Hutan hujan tropika (gambar: Monyet

tupai).

UMUM 
BOLIVIA

Bolivia ialah negara yang terletak berhampiran

dengan bahagian tengah Amerika Selatan. Ia tidak

mempunyai pantai dan justeru itu, ia berhadapan

dengan sekatan pengangkutan yang semula jadi. Di

barat Bolivia, tersergam Pergunungan Andes yang

hebat dan agung, berlitup an salji, mengelilingi

sebuah penara yang tinggi lagi kering. Sebuah

dataran tanah pamah yang luas, meliputi kawasan

utara dan timur Bolivia. Hutan hujan tropika

tumbuh subur di bahagian utara dataran itu, dan

padang rumput dan paya berselerak merentasi

sebahagian besar kawasan timur. Sebahagian

besar bukit bukau terletak di antara pergunungan

Andes dan dataran tanah pamah ini.

UMUM 
LIANA

Liana ialah nama bagi pelbagai tumbuhan

menjalar yang terdapat terutamanya di hutan

hujan tropika. Liana memanjat atau melingkari

batang dan dahan pokok, dan menggunakan pokok

itu sebagai sokong. Ia mempunyai pucuk yang

fleksibel dan tumbuh dengan cepat.

UMUM 
SAVANA

Savana, juga dieja savannah , merupakan kawasan

padang rumput yang luas dengan pokok dan

pokok renek tumbuh berselerakan. Kebanyakan

savana terletak di tropika, di antara gurun dengan

hutan hujan. Beberapa padang rumput di kawasan

sederhana juga dikenali sebagai savana. Rencana

ini membincangkan savana tropika. Untuk

mengetahui maklumat tentang savana yang lain,

lihat Hutan (Savana).

UMUM 

Kembali ke atas