DARJAH | Darjah ialah nama bagi pelbagai unit kecil ukuran. Dalam geometri dan peta, darjah ialah unit ukuran bagi sudut dan arka bulatan. Sudut 1 darjah (1° ) bersamaan 1 /90 sudut tegak. Arka 1° bersamaan dengan 1 /360 bulatan penuh. Oleh sebab garisan lintang (latitud) dan garisan bujur (longitud) ialah bulatan, maka ia dikira dalam unit darjah. Darjah dalam geometri dibahagikan kepada 60 unit yang dikenali sebagai <I>minitI>. Satu minit pula dibahagikan kepada 60 saat. Dalam sesetengah cabang matematik seperti trigonometri, sudut diukur dalam unit yang dikenali sebagai <I>radianI>. | UMUM | |
SUNGAI NIL | Sungai Nil ialah sungai terpanjang di dunia. Ia mengalir sepanjang 6671 kilometer melalui timur laut Afrika. Sungai Nil berpunca berdekatan Garisan Khatulistiwa dan mengalir ke Laut Mediterranean. Sungai ini mengairi kira-kira 2.4 juta hektar tanah di Mesir dan kira-kira 1.1 juta hektar di Sudan. | UMUM | |
AMPERE | Ampere ialah unit yang digunakan untuk mengukur kadar aliran arus elektrik. Ia adalah salah satu daripada tujuh unit asas dalam sistem metrik, dan simbolnya ialah A. Ampere digunakan untuk mengukur elektrik sebagaimana unit <I>gelen per I> <I>minit I>digunakan untuk mengukur air. Arus elektrik mengalir pada kadar 1 ampere apabila 1 <I>coulomb I> (unit caj elektrik) mengalir melepasi satu bahagian litar elektrik dalam masa 1 saat (lihat Coulomb ). Oleh itu, 1 ampere bersamaan dengan 1 coulomb per saat. Ahli fizik mentakrif ampere dari segi daya magnetik, yang diukur dalam newton, yang dihasilkan oleh arus. | UMUM | |
SALVADOR | Salvador (pend. 1 496 276; pend. kaw. met. 1 772 018) juga dinamakan Bahia, ialah bandar raya ketiga terbesar di Brazil. Hanya São Paulo dan Rio de Janeiro mempunyai lebih ramai penduduk. Salvador menjadi ibu negeri Bahia dan juga merupakan pelabuhan Atlantik yang sibuk. Ia terletak di Teluk Todos os Santos. Untuk lokasi, lihat Brazil (peta politik). | UMUM | |
KACANG BUNCIS BESAR | Kacang buncis besar ialah tumbuhan tahunan yang tahan lasak yang tumbuh sehingga kira-kira 1.8 meter tinggi. Ia ialah tanaman makanan yang penting, terutamanya di Amerika Latin. | UMUM | |
NEW HAMPSHIRE | New Hampshire (pend. 1 113 915) ialah negeri di timur laut Amerika Syarikat. Ia meliputi kawasan seluas 24 032 kilometer persegi di wilayah New England . Ia terkenal dengan keindahan semula jadinya serta aktiviti luar sepanjang tahun. Manchester dan Nashua ialah bandar terbesar negeri ini. Ibu negerinya ialah Concord. Longgokan besar granit yang terdapat di situ menyebabkan New Hampshire digelar Negeri Granit <i> . i> | UMUM | |
SAAR | Saar ialah negeri di Jerman di sempadan Perancis- Jerman (lihat Jerman [peta politik]). Saar meliputi 2574 kilometer persegi dan mempunyai jumlah penduduk 1 045 900. Ia dinamakan sempena Sungai Saar yang mengalir melalui kawasan itu. Kawasan itu juga dikenali sebagai Wilayah Saar atau Lembangan Saar. Nama Jerman untuk Saar ialah <i> Saarland i> . Saar amat bernilai kerana lombong batu arangnya dan loji kelulinya yang banyak. Ibu negerinya ialah Saarbrucken. | UMUM | |
PERJANJIAN KAWASAN EKONOMI EROPAH (EEA | Perjanjian Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1994. Perjanjian ini mewujudkan kawasan perdagangan bebas yang terbesar bagi 372 juta pengguna. Ia merupakan satu perdagangan dan pakatan ekonomi antara semua anggota Kesatuan Eropah berserta Norway dan Iceland , iaitu ahli Pertubuhan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA). Liechtenstein turut sama dalam perjanjian EEA ini pada 1 Mei tahun 1995. | UMUM | |
NEVADA | Nevada (pend. 1 206 152) ialah negeri di barat Amerika Syarikat. Ia adalah satu-satunya negeri di Amerika Syarikat yang mempunyai undang-undang yang membenarkan hampir segala jenis perjudian di seluruh negerinya. Kasino perjudian mewah di Tasik Tahoe, Las Vegas, dan Reno menarik ramai pengunjung dari merata dunia. Dari segi keluasan, Nevada merupakan salah satu negeri Amerika Syarikat yang terbesar, tetapi jumlah penduduknya adalah antara yang terkecil berbanding dengan negeri-negeri lain. Bandar terbesar dan pusat utama tarikan pelancong ialah Las Vegas, manakala Reno ialah bandar kedua terbesar. | UMUM | |
ODESSA | Odessa (pend. 1 106 000) ialah sebuah bandar raya pelabuhan di Ukraine. Ia terletak di pantai barat daya Ukraine, berhampiran sempadan Romania. Odessa terletak di Laut Hitam, 51 kilometer ke barat daya muara Sungai Dnepr. Bagi lokasi Odessa, lihat Ukraine (peta). | UMUM | |