Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ib.lis] | ابليس

Definisi : kepala segala syaitan, makhluk jahat (yg kerjanya menghasut manusia supaya berbuat jahat, berkelahi, dan mengingkari perintah Allah); digoda ~ hilang pertimbangan; perangainya macam ~ terlalu jahat (suka mengganggu orang); keiblisan (berperilaku) spt iblis: kekhuatiran dan kegusaran yg kadangkala boleh bersifat kedajalan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ib.lis] | ابليس

Definisi : makhluk halus yg menghasut manusia supaya mengingkari perintah Allah (berbuat jahat dll): Janganlah saudara menurut hawa nafsu oleh hasutan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iblis
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :hantu


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERBUATAN MENGHALAU HANTU

Perbuatan menghalau hantu ialah

perbuatan mematahkan kuasa iblis atau syaitan-

syaitan lain yang mempengaruhi atau mengawal

seseorang. Perbuatan menghalau hantu ini

mengandaikan kewujudan iblis sebagai kuasa

jahat dalam kehidupan manusia. Pengaruh iblis

mempunyai banyak tahap. Ia boleh menggoda

seseorang untuk melakukan sesuatu perkara yang

salah, seperti berbohong atau melakukan jenayah.

Malah ia juga boleh menguasai seorang individu

dengan mengambil alih badan seseorang secara

sementara.

UMUM 
SYAITAN

Syaitan ialah makhluk yang sangat jahat dan suka

menyesatkan manusia. Dalam al-Qur’an perkataan

iblis dan syaitan banyak kali diulang dalam ayat-ayat

yang berlainan. Perkataan iblis disebut dalam bentuk

kata tunggal sebanyak 11 kali, sementara perkataan

syaitan disebut dalam bentuk kata tunggal dan kata

jamak sebanyak 18 kali. Begitu juga perkataan al-Jin

dan al-Jinnah dalam beberapa ayat dalam al-Qur’an

yang disebut dalam bentuk kata tunggal dan kata

jamak kebanyakannya membawa makna syaitan.

UMUM 
ANTI-CHRIST

Anti-Christ adalah kuasa atau orang yang

menentang Jesus Christ. Menurut kitab Bible, Anti-

Christ akan berkuasa sebelum Hari Pengadilan,

tetapi kemudian dikalahkan oleh Christ. Gagasan

tentang perang akhir antara yang baik dengan yang

jahat wujud di kalangan orang Babylon, Iraq, dan

Yahudi sebelum diterima oleh Kristian. Istilah A nti-

Christ muncul hanya dalam Warkah John yang

Pertama dan Kedua. Konsep Anti-Christ muncul

dalam Wasiat Baru. Sebagai contoh, konsep ini

dilambangkan dalam Book of Revelation sebagai

sejenis haiwan, satu bentuk Iblis.

UMUM 
SANTAU

SANTAU, ramuan beracun yang dikenakan kepada manusia untuk tujuan membalas dendam, menuntut bela, hasad dengki, sakit hati atau rasa tidak puas hati.  Istilah santau tidak digunakan secara menyeluruh di kalangan orang Melayu.  Terdapat kepercayaan bahawa iblis dan syaitan boleh dilibatkan sama dalam mengenakan santau.  Ayat al-Quran, doa dan jampi serapah pula digunakan untuk memulihkan seseorang yang terkena santau.  Dasar santau adalah sebenarnya racun.  Bezanya, racun menghasilkan keadaan kesakitan dengan cepat dan jelas kelihatan, manakala kesan santau tidak kelihatan dalam jangka waktu yang singkat tetapi padahnya berlarutan.  Pengamal perubatan tradisional lazimnya tidak dapat membezakan antara santau dan racun, tetapi santau dikenali dengan corak racun yang digunakan.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas