SULTAN ISKANDAR AL-HAJ IBNI SULTAN ISMAIL | Sultan Iskandar al-Haj ibni Sultan Ismail (1932– ) ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan (1984–1989) dan Sultan Johor (1981– ). Baginda dilantik sebagai Sultan Johor menggantikan ayahandanya yang mangkat pada tahun 1981. | UMUM | |
RAJA ALAM, RABBU AL-ALAM IBNI RAJA KECIL | RAJA ALAM, RABBU AL-ALAM IBNI RAJA KECIL (? – 1765), Yang Dipertuan Besar Siak. Baginda adalah putera Raja Kecil (Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah Johor) dengan isteri anak Dipati Batu Kucing, Rawas, Sumatera. Baginda dilantik oleh ayahandanya sebagai Raja Muda Siak. Raja Alam berkahwin dengan Daeng Khatijah, anak Daeng Parani. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUNKU YAAKOP IBNI SULTAN ABDUL HAMID | TUNKU YAAKOP IBNI SULTAN ABDUL HAMID (1879-1990), pentadbir dan diplomat. Dia lahir pada 27 Disember 1879 dan merupakan putera kelapan belas Sultan Abdul Hamid dengan Syarifah Fatimah binti Syed Idrus. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA MUSA IBNI MAHMUD SYAH | RAJA MUSA IBNI MAHMUD SYAH ( ? - ? ), kerabat Sultan Siak yang kedua. Raja Musa atau Tengku Musa adalah putera Tengku Mahmud (Raja Buang, 1723-1760). Ayahandanya, putera kepada Raja Kecil Siak dengan Tengku Kamariah, puteri Sultan Abdul Jalil Riayat Syah Johor, Sultan Siak yang kedua. Raja Musa adalah cucu saudara Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Johor, sementara bondanya ialah anak Raja Lelawangsa. Raja Musa adalah penyokong kuat saudaranya, Raja Ismail, yang menjadi pemerintah Siak bergelar Sultan Ismail. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA LAUT IBNI SULTAN MUHAMMAD | RAJA LAUT IBNI SULTAN MUHAMMAD (1850-1913), pentadbir dan Raja Muda Selangor. Dia diberi nama sedemikian kerana dilahirkan di laut berhampiran Lukut. Sejak dari kecil lagi Raja Laut dipelihara oleh Raja Jumaat yang beristerikan Raja Senai, kakanda Raja Laut. Raja Jumaat adalah ketua daerah Lukut. Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat dan Raja Laut sepatutnya berpeluang menaiki takhta tetapi Raja Abdul Samad, sepupunya, telah dilantik. Raja Laut berkahwin dengan Raja Daeng Cahaya yang mempunyai pertalian keluarga dengan Raja Jumaat dan mendapat seorang putera, Raja Alang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA BUANG IBNI RAJA KECIL | RAJA BUANG IBNI RAJA KECIL (? -1760), Raja Siak yang kedua (1746-1747) dan (1754-1760). Raja Buang adalah anak Raja Kecil dengan Tengku Kamariah, puteri Sultan Abdul Jalil dari Johor (m.m 1699-1721). Dalam Tuhfat al-Nafis, baginda lebih dikenal sebagai Tengku Mahmud. Namun, baginda lebih dikenali umum sebagai Raja Buang. Menurut laporan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), nama baginda ialah Raja Muhamad. Ayahanda baginda ialah Raja Kecil, pengasas kerajaan Siak. Raja Kecil pernah menawan Riau pada tahun 1718 dan mendakwa baginda adalah putera Sultan Mahmud Syah (Marhum Mangkat Dijulang) yang dibunuh pada tahun 1699. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN MUHAMMAD SYAH IBNI SULTAN ABDUL RAHMAN | SULTAN MUHAMMAD SYAH IBNI SULTAN ABDUL RAHMAN ( ? -1841), Sultan Riau-Lingga yang kedua (1832-1841). Sultan Muhammad Syah juga dikenal sebagai Tengku Besar. Baginda ditabal sebagai Sultan Riau-Lingga selepas kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Abdul Rahman, pada 9 Ogos 1832. Sebaik sahaja ditabalkan sebagai sultan, baginda telah melantik Raja Abdul Rahman, cucu kepada Raja Haji dari Riau, sebagai Yang Dipertuan Muda Bugis, menggantikan bapanya Raja Jaafar. Sultan Muhammad Syah telah mengarahkan Yang Dipertuan Muda Abdul Rahman menyerang Inuk, jajahan Johor yang berada di bawah pemerintahan Raja Merkung dan Raja Markasan. Kedua-duanya adalah ketua lanun yang dikatakan merompak, melanun dan sering mengganggu perdagangan di kawasan tersebut. Raja Merkung dapat dikalahkan dan dihukum pancung. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA MUSA IBNI SULTAN ABDUL SAMAD | RAJA MUSA IBNI SULTAN ABDUL SAMAD ( ?-1884), pentadbir Kuala Selangor. Dia adalah putera sulung Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor. Dia turut terlibat dalam Perang Kelang. Pada tahun 1863, Raja Musa dilantik oleh ayahandanya mentadbir Kuala Selangor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ABDUL RAHMAN IBNI SULTAN MAHMUD | SULTAN ABDUL RAHMAN IBNI SULTAN MAHMUD ( ? - 1832), Sultan Johor (1812 – 1832). Baginda juga dikenali dengan nama Tengku Jumat atau Komeng. Baginda ialah putera kepada Sultan Mahmud Syah (m.m. 1761 – 1812) dengan wanita Bugis, Che Mariam binti Bandar Hasan. Baginda menduduki takhta kerajaan Johor pada 12 Januari 1812 menggantikan ayahandanya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SYAH IBNI SULTAN ALAIDDIN | Kapsyen : Sultan Hishamuddin Alam Syah Ibni Sultan Alaiddin SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SYAH IBNI SULTAN ALAIDDIN (1898-1969), Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kedua (1960). Baginda diputerakan pada 13 Mei 1898 di Selangor. Baginda ialah putera ketiga Sultan Alaiddin Sulaiman Syah. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar di Kuala Langat, Selangor dan kemudiannya melanjutkan pelajaran menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. Baginda menamatkan pelajaran menengah ketika berusia 18 tahun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |