Nabi Ishaq a.s. Nama baginda ialah Ishaq ibn Ibrahim a.s. Ibu baginda bernama Sarah. Nabi Ishaq a.s. adalah anak kedua Nabi Ibrahim a.s. Berita gembira tentang kelahirannya dibawa oleh malaikat. Allah SWT berfirman mengenai Nabi Ibrahim a.s. yang bermaksud: “Maka apabila dia berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain daripada Allah SWT, Kami kurniakan kepadanya, Ishaq (anaknya) dan Ya’kub (cucunya) dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat Nabi”. (Surah Maryam 19:49) |