Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bandar yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kota yg menjadi pusat pentadbiran negeri (ibu negeri); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERSEPOLIS

Persepolis ialah ibu kota Parsi purba. Raja Darius I

dari Parsi menubuhkan Persepolis kira-kira tahun

518 S.M. dalam kawasan bergunung-ganang yang

kini ialah barat daya Iran. Darius dan penggantinya

membina istana besar yang diperbuat daripada batu

dan bata lumpur di ibu kota yang menjadi pusat

upacara diraja bagi cuti umum keagamaan Tahun

Baru. Setiap tahun semasa temasya ini, raja akan

membaharui hak ketuhanannya sebagai raja dan

wakil semua penduduk Empayar Parsi akan

membawa hadiah kepadanya. Pada tahun 330 S.M.,

Iskandar Agung merampas Persepolis.

UMUM 
DOHA

Doha merupakan ibu kota bagi negara Qatar.

Bandar ini terletak di pertengahan pantai timur

negara, iaitu di salah satu teluk Doha yang bulat.

Dari sini berasalnya nama Doha.

UMUM 
METROPOLITAN

Metropolitan ialah gelaran ketua biskop Gereja

Ortodoks Timur. Kadang-kadang, ketua biskop

Roman Katolik juga dikenali sebagai metropolitan.

Pada 342 M., Majlis Antioch mendikrikan bahawa

metropolis (kota ibu kota) wilayah gereja hendaklah

diberi pangkat yang lebih tinggi daripada biskop lain

di wilayah tersebut. Para biskop hendaklah memberi

nasihat kepada metropolitan tentang semua perkara

melainkan hal ehwal keuskupan yang biasa.

Lihat juga Ketua biskop.

UMUM 
SUSA

Susa, juga dinamakan Shush pada suatu masa

dahulu merupakan ibu kota kerajaan purba Elam

dalam Empayar Parsi. Sebahagian puing bandar

ini terletak di provinsi Khuzistan, di barat daya

Iran.

UMUM 
MANAUSManaus (pend. 613 068 ) ialah sebuah bandar

pedalaman yang utama di Brazil, dan ibu kota bagi

negeri Amazonas.

UMUM 
SALT LAKE CITY

Salt Lake City (pend. 159 936; pend. kaw. met.

1 072 227) ialah ibu kota dan bandar terbesar di

Utah, Amerika Syarikat. Gereja Jesus Christ of

Latter-day Saints, yang biasanya dikenali sebagai

Gereja Mormon, mempunyai markasnya di sana.

Industrinya yang utama ialah membuat bahan

kimia, elektronik, keluaran makanan, keluaran

logam, petroleum dan keluli. Salt Lake City ialah

salah satu pusat kebudayaan, kewangan, industri

dan pengangkutan yang utama di Negeri-negeri

Pergunungan Rocky.

UMUM 
MIR IMAD AL-HUSNI

Mir Imad al-Husni (961 H. –1024 H./ 1554 M.–1015

M.), salah seorang penulis khat Iran. Dia lahir di

Qazwin – ibu kota bagi kerajaan Safawiyin selepas

bandar Tabriz. Tulisan khat parsinya (naskh at-taqliq)

mempunyai nilaian yang sangat tinggi, bahkan

tulisan khat parsinya dianggap sebagai puncak

kecemerlangan khat parsi yang dipelajarinya di

Tabriz dari Mulla Muhammad Hussein al-Tabrizi.

Dari situlah dia menekuninya, kemudian

mencantikkannya dan menjadikannya lebih

terkehadapan sehingga sampailah ia ke kemuncak

kejayaan dalam kesenian itu, ditambah lagi dengan

kepakarannya dalam khat-khat yang lain.

Keistimewaan cara dan gaya tulisan khatnya terletak

pada keindahan hubungan dalam khat tersebut,

perinciannya, ketangkasan dan atur hurufnya.

UMUM 
PERANG NAHAWAND

Perang Nahawand berlaku pada tahun 16 H./

637 M. semasa pemerintahan Khalifah ‘Umar al-

Khattab r.a. Bangsa Parsi mengundur diri dari al-

Mada’in, ibu kota yang dibuka oleh orang Islam

pada tahun 16 H./637 M., dan melarikan diri ke

Halwan. Dari sana, mereka mula mengumpulkan

pasukan tentera untuk mara ke al-Mada’in.

Panglima tentera Islam, Sa‘ad ibn Abi Waqqas

mengutuskan satu pasukan tentera di bawah

pimpinan anak saudaranya, Hashim ibn ‘Utbah

ibn Abi Waqqas menentang mereka dalam

Perang Jalulak pada akhir tahun 16 H./637 M.

Pasukan tentera Islam mengalahkan tentera Parsi

seperti juga dalam Perang al-Qadisiyyah.

Kemudian tentera Islam terus mara dan

membuka Halwan dan kemudiannya Qarmisin

pada tahun yang sama. Ia merupakan

peperangan terbesar yang dikenali sebagai era

pembukaan di Nahawand oleh orang Islam.

Tentera Parsi di bawah pimpinan al-Firzan dapat

dikalahkan dan ini membuka laluan kepada

tentera Islam untuk mara ke pelosok jajahan Iran.

Sementara itu, Yazdajir panglima tentera Parsi

melarikan diri ke Asfahan.

UMUM 
METZ

Metz (pend. 114 232; pend. kaw. met. 190 000) ialah

pusat pembuatan Perancis yang terletak lebih kurang

280 kilometer di bahagian timur laut Paris. Kota ini

bertindak sebagai ibu kota jabatan Moselle. Kilang-kilang

Metz menghasilkan senjata, muslin, topi, dan

hosieri.

UMUM 
JAMBI

JAMBI, ibu kota dan pelabuhan utama kerajaan Malayu (Suwarnabhumi) pada abad ke-7 M., ketika keagungan kerajaan Sriwijaya.  Kedudukannya yang menghala ke Selat Melaka dan Laut Cina Selatan menyebabkan kapal-kapal dari China, India dan Kepulauan Melayu mudah singgah di sini bagi mendapatkan bekalan dan perkhidmatan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
12345

Kembali ke atas