AMMAN | Amman ialah ibu negara Kerajaan Hasyimiyah Jordan dan salah satu ibu negara Arab dan Islam. Amman ialah pusat tamadun penting di Asia Barat. Amman pernah muncul sebagai ibu negara Philadelphia Purba, dan juga salah sebuah bandar kerajaan al-Anbat. Orang Arab Islam membukanya pada tahun 635 M./13 H. Amman ditawan oleh pelbagai puak Arab yang ingin menjadikannya sebagai pusat arkitek yang masyhur. | UMUM | |
MADRID | Madrid (pend. 2 909 792) ialah ibu negara dan bandar raya terbesar Sepanyol. Ia terletak di atas sebuah penara setinggi 650 meter di atas aras laut dan merupakan salah sebuah ibu negara yang tertinggi di Eropah. Madrid menjadi ibu negara kerana lokasinya dari segi geografi yang terletak di tengah Sepanyol. Untuk lokasi, lihat Sepanyol (peta politik). | UMUM | |
SUCRE | Sucre (pend. 79 941) ialah ibu negara rasmi Bolivia. Namun begitu semua pejabat kerajaan kecuali pejabat Mahkamah Agung, terletak di La Paz yang menjadi ibu negara sebenar. Sucre terletak di selatan tengah Bolivia di Banjaran Cordillera Real (Banjaran Royal) Pergunungan Andes pada ketinggian 2728 meter. Untuk lokasi, lihat Bolivia (peta). | UMUM | |
NEW DELHI | New Delhi (pend. 301 297) ialah ibu negara India. Bandar ini terletak di tebing barat Sungai Jumna di utara India, di pinggir Gurun Thar atau Gurun Besar India. New Delhi terletak kira-kira lima kilometer ke selatan Delhi, iaitu bekas ibu negara India . Untuk lokasi, lihat India (peta politik). | UMUM | |
IBU NEGARA WILAYAH PERSEKUTUAN AUSTRALIA | | UMUM | |
DODOMA | Dodoma (pend. 45 703) ialah sebuah bandar di pusat Tanzania. Pada tahun 1973, rakyat Tanzania mengundi memindahkan ibu negara dari pesisir bandar Dar es Salam ke Dodoma. Perpindahan ini dirancang selesai pada tahun 1990-an. Dodoma dipilih sebagai pusat bagi ibu negara baharu khusus disebabkan kedudukannya yang di tengah-tengah Tanzania. Untuk lokasi, lihat Tanzania (peta). | UMUM | |
SÃO TOMÉ | São Tomé (pend. 34 997) ialah ibu negara dan bandar terbesar di São Tomé dan Principe, sebuah negara pulau di barat tanah luar Afrika. Bandar ini terletak di timur laut pinggir pantai Pulau São Tomé. Untuk lokasi, lihat S ã o Tomé dan Príncipe (peta). Bandar São Tomé menjadi pusat perdagangan dan perkapalan untuk hasil ladang São Tomé dan Principe. Satu-satunya lapangan terbang di São Tomé iaitu terletak berhampiran dengan ibu negara. Orang Portugis menemui Pulau São Tomé pada tahun 1470 dan mengasaskan bandar itu kira-kira pada tahun 1500. | UMUM | |
MOSCOW | Moscow ialah ibu negara Rusia dan salah sebuah bandar raya yang terbesar di dunia. Lebih daripada 8 1∕10 juta orang tinggal di Moscow. Sebagai perbandingan jumlah penduduk Moscow dengan bandar raya yang lain, lihat Bandar raya (jadual). | UMUM | |
OTTAWA | Ottawa , Ontario ialah ibu negara Kanada. Ottawa terletak di kawasan berbukit yang beralun di tebing selatan Sungai Ottawa, kira-kira 193 kilometer di barat Montreal. Taman yang menarik, bangunan kerajaan yang mengagumkan, dan jalan raya yang mempunyai pemandangan yang cantik menambahkan lagi keindahan bandar ini. | UMUM | |
TEHRAN | Tehran. Tehran ialah ibu negara Iran dan bandar raya yang mempunyai jumlah penduduk kedua ramainya di Timur Tengah selepas Kaherah. Tehran merupakan pusat kebudayaan, ekonomi dan politik bagi Iran. Tehran terletak di utara Iran, di bawah lereng Bukit Birz. Untuk lokasi lihat Iran . | UMUM | |