Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,

Puisi
 

Burung merpati bertelur tunggal,
     Menetas anak turun ke paya;
Ibu mati bapa pun meninggal,
     Di manalah tempat kami nak bermanja.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MELBOURNE

Melbourne (pend. 3 022 157) ialah ibu negeri

Victoria dan bandar raya kedua terbesar di Australia.

Hampir 66 peratus jumlah penduduk Victoria dan

hampir 17 peratus orang Australia tinggal di

Melbourne. Seperti kebanyakan orang Australia,

penduduk Melbourne lebih suka tinggal sebagai

keluarga tunggal. Ini menyebabkan perkembangan

bandar hampir seluas 1850 kilometer persegi.

Greater Melbourne, bahagian statistik meliputi

kawasan seluas 6100 kilometer persegi dan

mempunyai jumlah penduduk melebihi tiga juta

orang. Hanya 60 485 orang tinggal di kawasan

kerajaan tempatan kecil di bandar raya Melbourne.

UMUM 
TASIK BURLEY GRIFFIN

Tasik Burley Griffin ialah tasik buatan manusia

di Canberra di ibu negara Wilayah Persekutuan

Australia . Ia dirancang sebagai satu siri tasik kecil

oleh pereka bandar tersebut, Walter Burley Griffin.

Sungai Molonglo telah diempangkan di Empangan

Scrivener hingga membentuk sebuah tasik tunggal

yang mempunyai tiga buah lembangan. Kings

Avenue dan Commonwealth Avenue merentasi

tasik ini dan menyediakan hubungan di antara

sektor-sektor di Canberra.

UMUM 
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH

Sultan Alauddin Riayat Syah (1455–1488) ialah

Sultan Melaka yang ketujuh (1477–1488). Baginda

dilantik menjadi sultan menggantikan ayahandanya,

Sultan Mansur Syah. Ada sumber menyebut bahawa

ibu baginda ialah seorang wanita berketurunan Jawa.

Baginda juga dikatakan pernah menjadi ‘ratu’ di Klang.

Pada masa pemerintahan Sultan Alauddin, Melaka

telah berjaya meluaskan jajahan takluknya dengan

menakluki Aru. Dengan penaklukan tersebut, Melaka

berjaya mengawal sepenuhnya Selat Melaka. Oleh

itu, seluruh aktiviti perdagangan dan jalan perairan di

Selat Melaka dikawal oleh satu kuasa tunggal yang

berpusat di Melaka.

UMUM 

Kembali ke atas