DEMOKRASI | Demokrasi ialah satu bentuk kerajaan, satu gaya hidup, satu matlamat atau satu ideal, dan satu falsafah politik. Istilah ini juga merujuk kepada sesebuah negara yang mempunyai bentuk kerajaan demokrasi. | UMUM | |
ASCH, SHOLEM | Asch, Sholem (1880–1957), pengarang kelahiran Poland, orang pertama yang mendapat pengakuan dunia kerana menulis dalam bahasa Yiddish. Watak-watak dalam karya Asch mencari iman dan merindukan sesuatu yang ideal. Suatu tema utama dalam karyanya ialah bahawa individu, biar betapa berdosa sekalipun dia, namun dia akan berusaha mencari kesucian. | UMUM | |
LARAS | LARAS, pembahagian Minangkabau menurut dua tradisi politik atau fratri dasar menukar adat. Menurut tradisi adat, Minangkabau disebut juga sebagai daerah ‘Laras yang Dua, Luak Yang Tiga’. Laras yang dua itu ialah Bodi Caniago dan Koto Piliang, manakala luak yang tiga itu ialah Agam, Limapuluh Kota dan Tanah Datar. Jika luak ialah pembahagian kawasan menurut adat, laras pula ialah perbezaan dua tradisi politik negeri. Walaupun negeri-negeri daripada kedua-dua laras tersebut terdapat di ketiga-tiga luak, namun secara ideal, Agam dianggap sebagai wilayah Bodi Caniago, Limapuluh Kota, dan Koto Piliang, manakala Tanah Datar mewakili kedua-duanya. Dengan maksud lain, Tanah Datar ialah luak tempat kedudukan ‘Raja Tiga Sila’ iaitu Raja Alam, Raja Adat dan Raja Ibadat, dan ‘Besar Empat Balai’ iaitu Bendahara, Machudum, Tuan Kadhi dan Indomo. Kesemuanya merupakan unsur integratif. Dalam konsep adat Minangkabau, Bodi Caniago dan Koto Piliang merupakan dua unsur daripada alam Minangkabau yang tidak boleh dipisahkan. Kedua-duanya bersifat saling melengkapi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Adat |