Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.déa.lis.tik] | ايدياليستيک

Definisi : (idéalistik) bersifat idealis (bkn orang) atau berasaskan idealisme (bkn pendirian, pandangan, cita-cita, dsb): amat terasa mereka cukup ~ dan menggunakan drama utk menampung idea-idea yg bergejolak dan mengetengahkan persoalan-persoalan yg erat kaitannya dgn pembangunannya dan kebangkitan satu umat baru; dlm detik-detik ketenangannya yg romantik, beliau mengarang novel yg jelas gagal akhirnya kerana amatlah sulit bagi seorang seniman hendak menjadi orang politik yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata idealistik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SINCLAIR, UPTON

Sinclair, Upton (1878–1968) ialah penulis dan

reformis Amerika. Sinclair ialah penyokong

idealistik sosialisme dan menjadi terkenal sebagai

muckraker (pembongkar). Pembongkar merupakan

sekumpulan penulis pada awal tahun 1900-an yang

prinsip utamanya mendedahkan keburukan sosial

dan politik.

UMUM 
SUN YAT-SEN

Sun Yat-sen (1866–1925), negarawan dan

pemimpin revolusi China, berjuang untuk

menubuhkan sebuah Republik China. Dia

umumnya dikenali sebagai Bapa Revolusi. Sun

terlalu idealistik untuk menjadi seorang pemimpin

politik yang berkesan. Namun Tiga Prinsip Rakyat

yang diketengahkannya (nasionalisme, demokrasi,

dan sosialisme) menjadi panduan kepada Republik

China, yang ditubuhkan pada tahun 1912.

Sun lahir di daerah Zhongshan di Provinsi

Guangdong. Ibu bapanya miskin. Dia belajar di

sekolah mubaligh Kristian di Hong Kong dan

Honolulu, dan menjadi seorang doktor. Dari tahun

1895 hingga tahun 1911, dia banyak mengembara

di Amerika Syarikat, Jepun, dan Eropah untuk

meraih simpati bagi prinsip republik, dan untuk

mencari bantuan kewangan bagi pergerakan

revolusinya menentang Dinasti Manchu. Dia

dibantu oleh masyarakat China di seberang laut

dan pesimpati Inggeris, Amerika dan Jepun.

UMUM 

Kembali ke atas