Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mengigau 1. bercakap pd masa tidur, meracau (semasa sedang tidur): Min, kau ~ nak, mengucaplah; 2. bercakap yg tidak tentu hujung pangkalnya, meracau; 3. bercakap yg bukan-bukan, merepek; mengigaukan memimpikan sesuatu, mengigau dgn menyebut sesuatu: entah apa yg diigaukannya semalam; terigau-igau termimpi-mimpi: kecantikan dan kehalusan budi gadis itulah yg menyebabkan ramai pemuda kampung itu ~ kepadanya; igauan 1. apa yg disebut pd waktu mengigau: tiba-tiba dia terdengar pula rintihan dan ~ isterinya; 2. cakap yg bukan-bukan; igau-igauan dlm keadaan mengigau, sudah bangun tidur tetapi masih lagi mengantuk; pengigau (orang yg) selalu mengigau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
igau
Kata Terbitan : mengigau, terigau-igau, igauan,

Puisi
 

Sehari bulan rajanya harimau,
     Harimau tidur di rimba jati;
Semakin hati bertambah igau,
     Tuan seorang di mata hati.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SELESAI SUDAH

SELESAI SUDAH, kumpulan cerpen Shahnon Ahmad.  Kumpulan cerpen ini mengandungi 11 buah cerpen yang pernah tersiar dalam akhbar dan majalah tanah air dari tahun 1970 hingga tahun 1975.  Kumpulan cerpen ini diberi kata pengantar oleh Lloyd Fernando.  Enam buah cerpen dalam <I style="mso-bidi-font-style: normal">Selesai SudahI> pernah menerima Hadiah Karya Sastera pada tahun 1971 hingga tahun 1973, iaitu cerpen “Kalau Ibu Sampai Takah Tiga” dan “Igau” (1971), “Lagu Kitkitkit” (1972), “Tak Keruan”, “Kelapa Nan Sebatang” dan “Perempuan” (1973).

SASTERAKarya

Kembali ke atas