BATUAN IGNEUS | Batuan igneus, batu yang terbentuk daripada penyejukan dan penghabluran magma dari teras bumi. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
AMFIBOL | Amfibol adalah mana-mana satu kumpulan galian biasa yang membentuk batuan. Amfibol berlaku dalam banyak jenis batuan igneus dan metamorf (lihat Batuan ). Batuan ini relatifnya merupakan galian yang keras, dan warnanya daripada putih hingga pucat dan hijau tua, coklat, atau hitam. | UMUM | |
OLIVIN | Olivin ialah mana-mana kumpulan bahan mineral pembentuk batuan yang biasa yang mengandungi silikon, oksigen, magnesium, dan besi. Olivin terjadi terutamanya dalam batu igneus gelap, biasanya sebagai timbunan hablur halus atau hablur yang tertanam. Umumnya mineral ini merupakan salah satu mineral pertama yang terhablur daripada magma berwarna gelap (bahan batuan yang telah cair). | UMUM | |
PETROLOGI | Petrologi ialah cabang ilmu geologi yang mengkaji asal usul dan komposisi batuan. Ahli petrologi menganalisis keadaan fizikal dan kimia yang terlibat dalam pembentukan tiga jenis batuan yang utama: igneus , metamorf dan enapan (lihat Batuan ). Analisis ini dapat membantu pencarian bukti tentang asal usul dan perkembangan kejadian bumi. | UMUM | |
BATUAN GRANIT | Batuan granit ialah sejenis batuan igneus yang mengandungi mineral kuarza, feldspar, biotit dan hornblend. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |