Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ih.ti.fal]/[ih.ti.fal] | احتفال

Definisi : Ar perjumpaan besar (utk merayakan ulang tahun sekolah dll), perayaan: sekolah Arab kita akan mengadakan ~ pd akhir bulan ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ihtifal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NASYID

NASYID , persembahan nyanyian sama ada secara solo ataupin beramai-ramai untuk menyampaikan mesej yang murni yang berlandaskan al-Qur’an dan sunnah. Persembahan bahan nasyid biasanya disampaikan tanpa atau dengan iringan muzik di majlis bercorak keagamaan, misalnya di tilawah membaca al-Qur’an, majlis ihtifal sekolah, sambutan ma’al hijrah atau maulid nabi. Nasyid juga merupakan media dan satu cara berkesan menyampaikan mesej dalam berdakwah yang menitikberatkan akidah, syariah dan akhlak. Lagu yang disampaikan memuji kebesaran Tuhan, menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat di samping nasihat dan syair Islam.

BUDAYAAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi

Kembali ke atas