IJAZAH UNIVERSITI DAN KOLEJ | | UMUM | |
IJAZAH SARJANA MUDA | | UMUM | |
SEMINARI | Seminari ialah kolej untuk melatih bakal paderi dan pemimpin gereja dan lain-lain pertubuhan keagamaan. Ia juga dikenali sebagai kolej teologi atau sekolah deviniti, dan merupakan sebuah institutsi peringkat ijazah. Pelajar seminari pada amnya mempelajari doktrin, sejarah, falsafah dan tulisan kitab suci mengenai agama mereka. Ramai juga yang mempelajari mata pelajaran amali, seperti psikologi pastoral, pendidikan agama, ibadat dan berdakwah. Seminari di beberapa negara biasanya menawarkan ijazah lanjutan, seperti Ijazah Sarjana dan Kedoktoran. Sesetengah kumpulan keagamaan pula menganugerahkan diploma, lesen atau sijil bagi menggantikan ijazah. | UMUM | |
ASAD, NASIR AL-DIN AL- | Asad, Nasir al-Din al- (1923– ), sasterawan, sarjana, pengkaji, ahli politik dan pendidik yang berpengalaman. Dia lahir di bandar al-‘Aqabah, Jordan. Dia menyambung pelajarannya di Fakulti Bahasa Arab di al-Quds lalu memperoleh Ijazah kelas dua dan Diploma Pendidikan pada tahun 1943. Kemudian, dia memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang sastera pada tahun 1947, Ijazah Sarjana pada tahun 1951, dan pada tahun 1955, doktor falsafah daripada Universiti al- Azhar. | UMUM | |
TAN AIK HUANG | Tan Aik Huang, pemain badminton Malaysia. Dia lahir pada 14 Februari 1946 dan merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Fizik dari Universiti Malaya. | UMUM | |
OFTALMOLOGI | Oftalmologi ialah bidang perubatan yang melibatkan diagnosis dan rawatan penyakit mata. Ahli oftalmologi , kadangkala dinamakan okulis , mesti mempunyai ijazah perubatan dan latihan khusus selama tiga hingga lima tahun di hospital. | UMUM | |
SYED HUSSEIN ALATAS | SYED HUSSEIN ALATAS (1928-2007), ahli akademik dan pemikir intelektual. Beliau lahir pada 17 September 1928 di Bogor, Indonesia. Beliau menerima pendidikan awal di English College, Johor Bahru. Pada tahun 1948, beliau melanjutkan pengajiannya di University of Amsterdam, Belanda dan memperoleh ijazah Sarjana Muda pada tahun 1952. Pada tahun 1956, beliau mendapat ijazah Sarjana dalam bidang Sosiologi dan pada tahun 1963, beliau menerima ijazah Doktor Falsafah dari universiti yang sama. Beliau ialah anak Melayu pertama di Malaysia yang mendapat ijazah Doktor Falsafah. Dari segi penguasaan bahasa, selain boleh menulis dan membaca dalam bahasa Melayu, Inggeris, Belanda dan Sunda, beliau boleh bertutur dan membaca dalam bahasa Jerman. | BUDAYA | Tokoh |
POINCARÉ (JULES)-HENRI | Poincaré (Jules)-Henri (1854–1912), ahli falsafah dan matematik Perancis yang menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan ilmu matematik dan fizik. Dia lahir di Nancy dan memperoleh ijazah kedoktoran dari Ecole National ‘Superieure de’ Mines, Paris, pada tahun 1879. | UMUM | |
NAJIB MAHFUZ | Najib Mahfuz (1911– ) ialah penulis Arab yang agung. Dia pernah menerima Hadiah Nobel dalam bidang kesusasteraan pada tahun 1988. Dia lahir di Kaherah dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera pengkhususan dalam bidang Falsafah dari Universiti Kaherah pada tahun 1934. Najib Mahfuz mula bertugas di jabatan kerajaan sehingga dilantik sebagai pengerusi Lembaga Penapis Karya-karya Seni pada tahun 1959. Kemudian dia dilantik sebagai Ketua Jabatan Perfileman pada tahun 1966. Dia juga dilantik menjadi penasihat Menteri Kebudayaan pada tahun 1968 dan turut menjadi penulis akhbar al-Ahram. | UMUM | |
ISMAIL HUSSEIN | ISMAIL HUSSEIN (1932- ), aktivis sastera dan budaya. Dia lahir pada 31 Januari 1932 di Kampung Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah. Ismail mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian kelas pertama dalam bidang Pengajian Melayu dari University of Malaya, Singapura pada tahun 1959. Selepas mendapat ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1961, Ismail melanjutkan pengajian ke Universiti Leiden (1961-1964) dan mendapat ijazah Doktorandus. | SASTERA | Tokoh |