Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ijazah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan ijazah Sarjana Muda, ijazah Sarjana, ijazah Kedoktoran Falsafah, diploma, sijil.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IJAZAH SARJANA MUDA UMUM 
TAN AIK HUANG

Tan Aik Huang, pemain badminton Malaysia.

Dia lahir pada 14 Februari 1946 dan merupakan

pemegang ijazah Sarjana Muda Fizik dari Universiti

Malaya.

UMUM 
NAJIB MAHFUZ

Najib Mahfuz (1911– ) ialah penulis Arab

yang agung. Dia pernah menerima Hadiah Nobel

dalam bidang kesusasteraan pada tahun 1988. Dia

lahir di Kaherah dan mendapat Ijazah Sarjana

Muda Sastera pengkhususan dalam bidang

Falsafah dari Universiti Kaherah pada tahun 1934.

Najib Mahfuz mula bertugas di jabatan kerajaan

sehingga dilantik sebagai pengerusi Lembaga

Penapis Karya-karya Seni pada tahun 1959.

Kemudian dia dilantik sebagai Ketua Jabatan

Perfileman pada tahun 1966. Dia juga dilantik

menjadi penasihat Menteri Kebudayaan pada

tahun 1968 dan turut menjadi penulis akhbar

al-Ahram.

UMUM 
ANIS SABIRIN

ANIS SABIRIN, (1936 -       ), penulis.  Dia lahir pada 1 Mac 1936 di Johor Bahru, Johor.  Anis mendapat pendidikan asas di Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran di University of Malaya, Singapura.  Pada tahun 1959, dia lulus ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian.  Anis memperoleh ijazah Sarjana dalam bidang sains politik, ijazah Sarjana dalam bidang ekonomi dan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi dari Claremont Graduate School, Amerika Syarikat pada tahun 1976.  Anis pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pegawai penyelidik setelah tamat pengajian dari University of Malaya, Singapura, hingga tahun 1967.  Anis berhijrah ke Amerika Syarikat apabila menerima tawaran biasiswa Fullbright pada tahun 1967.

SASTERAKonsep
ASAD, NASIR AL-DIN AL-

Asad, Nasir al-Din al- (1923– ), sasterawan,

sarjana, pengkaji, ahli politik dan pendidik yang

berpengalaman. Dia lahir di bandar al-‘Aqabah,

Jordan. Dia menyambung pelajarannya di Fakulti

Bahasa Arab di al-Quds lalu memperoleh Ijazah

kelas dua dan Diploma Pendidikan pada tahun 1943.

Kemudian, dia memperoleh Ijazah Sarjana Muda

dengan kepujian dalam bidang sastera pada tahun

1947, Ijazah Sarjana pada tahun 1951, dan pada

tahun 1955, doktor falsafah daripada Universiti al-

Azhar.

UMUM 
ADI BADIOZAMAN TUAH

ADI BADIOZAMAN TUAH (1951-     ), penyair. Dia lahir pada 15 Ogos 1951 di Tatau, Bahagian Bintulu, Sarawak. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dan Diploma Pendidikan daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 1973 dan ijazah Sarjana Pendidikan pada tahun 1979, daripada universiti yang sama.

SASTERAKonsep
SAYYAF, ‘ABD RABB AL-RASUL

Sayyaf, ‘Abd Rabb al-Rasul (1365 H.– ?/1945

M. – ?) ialah pejuang Islam dan pengasas jemaah

Islam pertama di Afghanistan. Dia lahir di

Afghanistan dan mendapat pendidikan awal pada

peringkat rendah di Madrasah Buqman. Kemudian

dia melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah

di Madrasah Ibn Sina. Seterusnya, dia

menyambung pelajaran di Madrasah Abu Hanifah

al-Thanawiyyah di Kabul dan menamatkan

pengajiannya pada tahun 1962. Dia berjaya

memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang

syariah daripada Universiti Kabul pada tahun 1967.

Selepas itu, dia mendapat Ijazah Sarjana dalam

bidang ilmu hadith daripada Fakulti Usuluddin,

Universiti al-Azhar dengan menulis sebuah tesis

bertajuk ‘al-Wad’u fi al-Sunnah wa Juhud al-Ulama’

fi Muqawamatihi’ . Dia dilantik sebagai pensyarah

ilmu hadith, ilmu pembahagian harta pusaka dan

ilmu bahasa di Fakulti Syariah, Universiti Kabul. Di

samping itu, dia juga pensyarah mata pelajaran

hadith dan agama di Fakulti Pentadbiran di

universiti yang sama.

UMUM 
ISMAIL HAMID

ISMAIL HAMID, (1939 -    ) penyelidik sastera klasik. Dia lahir pada 18 Februari 1939 di Perlis. Setelah tamat persekolahan rendah di Sekolah Melayu, dia meneruskan pelajarannya di Sekolah Arab Alawiyah al-Diniyah, Perlis (1951-1959). Dari tahun 1967 hingga tahun 1970, dia menjadi penuntut di Universiti Malaya hingga mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera. Pada tahun 1972, dia memperoleh ijazah Sarjana Sastera dari Temple University, Philadelphia, Amerika Syarikat.

SASTERATokoh
JAKOB SUMARDJO

JAKOB SUMARDJO (1939 -       ), pengkritik kesusasteraan Indonesia.  Dia lahir pada 26 Ogos 1939 di Klaten, Jawa Tengah, Indonesia.  Setelah lulus sekolah menengah atas, dia melanjutkan pengajian di Institut Keguruan Ilmu Pendidikan (IKIP) Sanata Dharma, Yogyakarta dalam bidang Sejarah hingga mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1962.  kemudian, dia meneruskan pengajian di IKIP Bandung dan mendapat ijazah Sarjana Sastera dalam bidang yang sama pada tahun 1970.  Jakob pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Atas St. Angala di Bandung selama beberapa tahun dan sebagai tenaga pengajar di Akademi Seni Tari Indonesia (ASTI), Bandung.

SASTERATokoh
KASSIM AHMAD

KASSIM AHMAD (1933-    ), penyair dan pengkritik sastera. Dia lahir pada 9 September 1933 di Alor Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Baharu, Kedah (1939-1946) hingga lulus Darjah Enam. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid (1947-1954). Kassim mendapat ijazah Sarjana Muda dari University of Malaya, Singapura pada tahun 1959 dan ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1961.

SASTERATokoh
123456789

Kembali ke atas