PARI | Pari ialah mana-mana anggota dalam sekumpulan kira-kira 350 spesies ikan. Ikan ini termasuk pari helang, ikan gitar, pari manta, ikan gergaji, sket, pari sengat, dan pari torpedo. | UMUM | |
MELEMBING IKAN | Melembing ikan ialah sukan memburu ikan dalam air dengan menggunakan lembing atau tiruk, atau menggunakan senapang yang melancarkan lembing. Penggemar melembing ikan memburu ikan di dalam sungai, tasik, dan lautan di seluruh dunia. Ikan yang ditangkap dijadikan makanan. Sesetengah ahli biologi menggunakan kaedah melembing ikan apabila menanda ikan untuk tujuan penyelidikan, tanpa mencederakan ikan tersebut. | UMUM | |
IKAN TROPIKA. | Ikan tropika. Banyak jenis ikan hidup dalam habitat air tawar dan air masin di kawasan tropika. Bagaimanapun, istilah ikan tropika merujuk kepada jenis ikan kecil berwarna terang yang membiak sangat cepat dan popular untuk akuarium rumah. Ikan tropika sering kali lebih kecil sedikit daripada ikan emas, tetapi saiznya berbeza-beza dari kira-kira 2.5 sentimeter hingga 30 sentimeter. Kira-kira 600 jenis ikan tropika dipelihara dalam akuarium rumah. Malah pemilik baru akuarium rumah juga boleh memelihara banyak jenis ikan ini.
| UMUM | Umum |
CHUB | Chub ialah nama beberapa jenis ikan air tawar yang terdapat di Asia, Eropah dan Amerika Utara. Ikan-ikan ini mempunyai kaitan dengan ikan kap, ikan dace, ikan emas, dan ikan minnow. Ikan chub tinggal di sungai dan tasik. Ikan ini memakan serangga, invertebrat lain, ikan-ikan kecil dan juga katak. | UMUM | Umum |
IKAN TULANG | Ikan tulang hidup di perairan lautan panas. Ada dua jenis ikan tulang: ikan tulang biasa yang banyak terdapat; dan ikan tulang Hindia Barat yang ditemui hanya pada tahun 1910. | UMUM | Umum |
IKAN SEBELAH | Ikan sebelah ialah nama beberapa ikan air masin. Ikan ini mempunyai badan yang kelihatan pipih sebelah | UMUM | Umum |
IKAN PICU | Ikan picu ialah sejenis ikan yang hidup di laut panas dan lautan tropika. Kebanyakan ikan ini kurang daripada 45 sentimeter panjangnya, berbadan agak bulat dan pipih di sisinya.
| UMUM | Umum |
IKAN TERBANG | Ikan terbang ialah sejenis ikan yang melompat dari air dengan pergerakan ekornya yang kuat. Di udara, ia meluncur dengan mengembangkan siripnya yang lebar, yang bertindak sebagai sayap. Semasa “terbang”, ikan terbang menggetarkan ekornya dengan sangat pantas. Bahagian bawah sirip ekornya yang panjang menjunam ke dalam air dan muncul keluar dari air dan membantu ikan terus berada di udara.
| UMUM | Umum |
IKAN RAJA | Ikan raja ialah nama yang diberi kepada beberapa ikan yang berbeza. Ia termasuk dua ikan makanan yang penting daripada famili mackerel dan ikan raja utara, atau king whiting, daripada famili croaker.
| UMUM | Umum |
IKAN LAYAR | Ikan layar ialah ikan besar yang mempunyai sirip belakang yang besar yang kembung seperti layar | UMUM | Umum |