Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.kat] | ايکت

Definisi : 1. alat (tali, benang, kain, dll) utk mengebat (memberkas, membebat, menggabungkan); ~ kepala kain yg diikatkan di kepala; ~ pinggang kain (kulit dll) utk mengebat pinggang, tali pinggang; 2. bingkai (drpd logam dll) utk mencengkam atau memegang satu benda lain; ~ kolam tepi kolam yg dibuat drpd batu dll; cincin ~ belanda; 3. berkas, kumpulan, gabungan: se~ sirih; tiga ~ kayu api; 4. sl cara mengatur atau menyusun barisan (pasukan dll); ~ perang susunan barisan atau pasukan dlm peperangan; ~ jamin jaminan dgn bayaran sejumlah wang sbg cagaran utk memastikan bahawa orang yg dituduh akan menghadirkan diri utk perbicaraannya; ~ mati ikatan yg tidak boleh dibuka atau diungkai; ~ boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya prb payah hendak mengubah tabiat orang; se~ bagai sirih, serumpun bagai serai prb bersatu padu dlm segala hal; berikat 1. ada ikatnya, diikat, memakai ikat: hulu pedangnya ~ emas; 2. bersekutu, bergabung: peperangan antara pihak ~ (British, Amerika, Perancis, dan Belanda) dgn Jepun telah dimulai pd 8 Disember 1941; mengikat 1. melilit-lilitkan dan menyimpulkan tali dll pd anggota (dll) haiwan atau orang (supaya tidak dapat melarikan diri) atau pd bungkusan (kumpulan dll) barang supaya tidak terburai dsb, membuat jadi berikat dgn tali dll, membebat, memberkas: bungkusan barang yg hendak dikirimkan ke luar negeri itu perlu diikat pula; 2. ki memaksa (seseorang atau sesuatu) supaya patuh kpd segala peraturan (syarat, kehendak, dsb) yg tertentu, membelenggu, mengongkong: undang-undang dan peraturan yg ~ kebebasan seseorang; 3. menyusun, mengarang (syair, pantun sajak, dll); 4. mengatur atau menyusun pasukan (barisan dll); ~ perang mengatur pasukan-pasukan dlm peperangan; 5. memberi berbingkai (batu permata dll), menyalutkan (dgn emas dll): ~ batu akik dgn suasa; 6. memakai, memasang: ~ kain; ~ serban; ~ tali leher; ~ tengkolok; 7. membuat: mereka telah ~ perjanjian utk mengenakan pemulauan ekonomi; ~ hati (perhatian) menarik hati (perhatian); ~ jamin memberi jaminan (supaya orang yg dituduh dapat bebas sehingga dibicarakan); ~ janji berjanji (menguatkan janji); ~ jiwa a) menarik hati; b) merayukan hati; ~ perkenalan berkenalan; ~ (tali) pertunangan bertunang; ~ perut mengurangkan makan kerana susah; ~ tali persahabatan bersahabat; bagai diikat dgn sehasta tali prb tidak dapat berbuat sekehendak hati; mengikatkan mengikat pd, mengikat dgn (utk), mempertalikan (dgn), menambatkan; terikat 1. (telah) diikat: tangannya ~ ke belakang dgn dawai halus; 2. tertakluk (kpd), tidak bebas drpd, terkongkong oleh: orang berhutang ~; tidak ~ kpd peraturan-peraturan yg telah ditetapkan; ikatan 1. cara mengikat: ~ tengkoloknya kemas dan cantik; 2. yg telah diikat; 3.sesuatu yg telah diikat dgn tali dll, berkas,kumpulan: rotan itu ~nya kecil-kecil; 4.susunan (rangkaian, hubungan) kata-kata dsb:~ ayatnya terang hingga mudah difahami;5. pertalian (yg erat), perkaitan: peristiwa ini jelas membuktikan bahawa ~-~ tradisi atau sifat-sifat ketimuran pd dasarnya mengikat rohani kita; ~ darah = ~ keluarga hubungan kekeluargaan; 6. persatuan, perkumpulan: ~ pelajar; 7. (Kim) daya tarikan yg mengikat atom-atom dlm molekul atau kekisi hablur (yg terbentuk akibat cas elektrostatik yg ada pd elektron dan nukleus atom); ~ berganda sj ikatan yg terbentuk antara dua atom secara perkongsian dua atau lebih pasangan elektron; ~ berkutub sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom yg berbeza sifat elektronegatif masing-masing; ~ ganda dua sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian dua pasangan elektron; ~ ganda tiga sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian tiga pasangan elektron; ~ hidrogen daya tarikan yg wujud antara atom hidrogen (dlm ikatan berkutub) dgn atom elektronegatif spt oksigen, nitrogen, atau fluorin yg terikat pd molekul lain; ~ ion = ~ ionik sj ikatan yg terbentuk dlm sebatian melalui pemindahan elektron; ~ koordinat sj ikatan kovalen yg kedua-dua elektron yg dikongsi disediakan oleh satu drpd atom; ~ kovalen sj ikatan yg terbentuk antara dua atom apabila setiap atom itu berkongsi elektron utk membentuk pasangan elektron; ~ logam sj ikatan yg terbentuk dlm hablur logam apabila ion positif logam tersusun mengikut bentuk kekisi dlm lautan elektron yg bebas; ~ peptida (Bio) ikatan kimia di antara kumpulan karboksil pd satu asid amino dgn kumpulan amino pd asid amino lain, yg merupakan ikatan utama kesemua struktur protein; ~ tunggal sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian sepasang elektron; keterikatan perihal terikat (berkaitan erat), keadaan (unsur-unsur dll) terikat antara satu sama lain, terikatnya: ~ episod demi episod hanyalah atas kepentingan adegan tersebut; ~ kita yg begitu kuat kpd tradisi telah mengeratkan hubungan kekeluargaan; perikatan 1. perhubungan, pertalian; 2. persekutuan, gabungan: beberapa buah parti politik yg sehaluan sedang berura-ura hen-dak menubuhkan sebuah ~; pengikatan perihal atau perbuatan mengikat; ~ nitrogen (Bio) a) proses penukaran nitrogen atmosfera menjadi bahan bernitrogen (spt ammonia) oleh sesetengah bakteria tanah (spt Rhizobium), alga biru hijau, dan kulat; b) proses penukaran nitrogen atmosfera menjadi asid nitrik oleh kilat; pengikat 1. alat (tali, benda, dll) utk mengikat: sebelum bungkusan itu dibuka, ~nya diuraikan dahulu; 2. orang yg mengikat; 3. sesuatu yg mengikat perhubungan (spt persahabatan, pertunangan, kasih sayang, dsb): cincin itu kuberikan kepadanya sbg tanda ~ kasih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.kat] | ايکت

Definisi : 1 benda (spt tali, benang) yg digunakan utk mengebat atau memberkas: ~ kepala kain dsb yg dibebatkan di kepala; ~ pinggang tali pinggang. 2 penjodoh bilangan utk benda-benda yg diberkas dgn tali: se~ kayu api; tiga ~ sirih. 3 bingkai drpd logam dsb utk mencengkam sesuatu supaya kemas: ~ kolam bingkai drpd batu yg dipasang di keliling kolam. berikat 1 ada ikatnya; memakai ikat: Batu permata intan ~ emas putih. 2 bersatu dlm satu kumpulan; bersekutu; bergabung. pihak ~ persekutuan antara Inggeris, Amerika Syarikat, Perancis, Rusia dll ketika Perang Dunia Kedua. mengikat 1 membuat jadi berikat (dgn tali dll); membebat; memberkas: Dia ~ kepalanya dgn sapu tangan sbg ganti kopiah. ~ tangan pencuri. 2 memberi berbingkai (bkn batu permata dsb); membuat jadi berbingkai: ~ intan dgn suasa. 3 ist menjadikan sesuatu dlm bentuk yg stabil. ~ nitrogen menukarkan nitrogen dr udara kpd sebatian spt ammonia melalui proses kimia: Tumbuh-tumbuhan jenis kekacang dpt ~ nitrogen dan menyimpannya di dlm bintil akarnya. ~ hati membuat hati jadi tertarik. ~ jamin memberi jaminan. ~ janji membuat perjanjian. ~ perang mengatur pasukan dlm peperangan. ~ perigi memasang tembok atau bingkai di keliling perigi. ~ pertunangan melangsungkan pertunangan; bertunang. ~ perut menahan diri drpd makan kerana hendak berjimat atau hendak menguruskan badan. mengikatkan membuat tali dll menjadi bersimpul atau tertambat pd sesuatu; menyimpulkan; menambatkan: ~ tali pd pancang. terikat 1 (telah) diikat; tertambat: Kedua-dua belah tangannya ~ ke belakang. 2 tidak bebas drpd sesuatu; tertakluk: Semua pelajar ~ pd peraturan sekolah. ikatan 1 cara mengikat sesuatu; hasil drpd mengikat: ~ tengkoloknya kemas dan cantik. 2 sesuatu yg telah diikat; berkas: Kayu api ini ~nya kecil-kecil saja. 3 sesuatu yg ada kaitannya antara satu dgn yg lain; hubungan: Kita masih mempunyai ~ darah dgn mereka. 4 kumpulan beberapa orang yg bersatu; gabungan: ~ pemuda Islam. perikatan 1 kumpulan yg terdiri drpd beberapa kumpulan lain yg bergabung; persekutuan: Parti ~ parti politik yg terdiri drpd beberapa buah parti politik yg bergabung. 2 perihal berhubung; perhubungan; pertalian. pengikatan 1 perbuatan atau hal mengikat. 2 ist penukaran sesuatu kpd bentuk yg stabil. ~ nitrogen penukaran nitrogen dr udara kpd sebatian spt ammonia melalui proses kimia. pengikat 1 benda (spt tali dll) yg digunakan utk mengikat: Jangan diuraikan ~nya. 2 orang yg mengikat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikat (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan tali, benang, kain,

2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,

Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat,

Puisi
 

Kalau dapat diikat-ikat,
     Ikat dengan tali benang;
Tidaklah dapat kulihat-lihat,
     Mata melihat hati mengenang.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Elok palut pengebat kurang.

Bermaksud :

Tampaknya bagus, tetapi sebenarnya masih belum baik. palut = balut, bungkus; kebat = ikat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IKAT JAMIN UMUMUmum
IKAT CELUP UMUMUmum
IKAT PINGGANG

IKAT PINGGANG, kain panjang yang dililit pada pinggang lelaki atau perempuan untuk mengukuhkan kedudukan samping atau sarung. Ikat pinggang juga disebut ‘bengkung’.

            Ikat pinggang yang dipakai di atas samping berfungsi sebagai penggalas keris atau senjata lain. Ikat pinggang yang panjang yang dililit beberapa kali di pinggang boleh melindungi pemakainya daripada tercedera semasa bertikam.

BUDAYAArtifak/Mentifak
IKAT

IKAT, teknik mengikat benang-benang loseng dan pakan sebelum dicelup warna bagi menghasilkan ragam hias dan corak tenunan. Teknik ini telah dikenal pasti sejak zaman kebudayaan dongson di kawasan Tongkin dan Annam Utara (Vietnam) yang meresap ke Alam Melayu pada sekitar tahun 500 S.M. Teknik ini mempunyai persamaan dengan tenunan orang gunung Siam, pua kumbu Iban, ulos Batak, tenunan Jawa, Bali, Sumbawa, Bima dan Sulawesi.

BUDAYAProses/Tindak Balas
BENGKUNG

BENGKUNG,   kain yang dililit di bahagian pinggang dan dipakai oleh lelaki dan wanita dengan fungsi dan tujuan yang tertentu.  Bengkung bagi lelaki pada asasnya ialah ikat pinggang atau kain ikat pinggang.  Pada masa itu, kain ikat pinggang merupakan sehelai kain punca potong sepanjang lebih kurang 200 cm panjang dan selebar 80 cm hingga 90 cm.  Bengkung yang terbaik pada masa itu ialah kain cindai daripada sutera yang berjambul (berambu) kedua-duanya puncanya, buatan India dan coraknya berbelang-belang seperti kulit ular.  Ada kalanya  seseorang yang memakai bengkung disebut sebagai ‘bersayap sandang’ kerana kain ikat pinggangnya dipakai melintang pada dada untuk menusukkan pedang atau keris.

BUDAYAAlat/Alatan
KAIN GERINGSING

KAIN GERINGSING, kain tenun yang ragam hiasnya dihasilkan dengan teknik ikat ganda. Kain geringsing berasal dari daerah Tenganan Pegeringsingan di Bali, iaitu satu-satunya daerah yang menghasilkan kain ikat ganda yang terbaik.

BUDAYAKraf Tangan
KAIN LIMAR

KAIN LIMAR, kain tenun yang menggunakan benang-benang yang telah dicelup ikat. Kain limar dianggap sebagai warisan budaya yang telah berusia lebih satu abad. Berdasarkan beberapa contoh daripada himpunan Muzium Budaya Tekstil Melayu, didapati beberapa ciri khus wilayah asalnya. Limar dari Kelantan dan Terengganu misalnya, memilih warna cerah seperti hijau, kesumba dan ungu. Ada juga limar telepuk iaitu limar berhias perada. Limar juga dikenal sebagai kain tajoong di Lampung, limar bersongket di Kelantan dan Terengganu (iaitu gabungan tenun ikat dan songket kain Terengganu), dan cindai ‘aceh rosak’, ‘limar cuai’ dan ‘cindai kembang’ di Palembang.

BUDAYAKraf Tangan
JUSTAR

JUSTAR,  ikat kepala yang dipakai oleh keluarga diraja Johor.  Justar ini direka bentuk mengikut justar yang dipakai oleh  pembesar-pembesar Kepulauan Riau.  Justar Johor dipakai kali terakhir oleh Sultan Ismail sewaktu perkahwinan baginda dengan Ungku Tun Aminah pada tahun 1920.  Justar itu diberi nama ‘Singa Menoleh’.

BUDAYAKonsep
CINDAI

CINDAI, sejenis tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenun benang ikat ganda. Benang pakan dan loseng diikat celup dengan bahan pencelup semula jadi terlebih dahulu sebelum ditenun, bagi menghasilkan motif dan corak kain.

 

BUDAYAKraf Tangan
KAIN SAMARINDA

KAIN SAMARINDA, kain tenunan ikat benang pakan yang lazimnya ditenun oleh orang Bugis di Sulawesi dan Kalimantan.

BUDAYAKraf Tangan
12

Kembali ke atas