AL-IKHWAN, majalah berunsur Islam yang mula diterbitkan pada 16 September 1926 di Pulau Pinang.
ABANG IKHWAN ABANG HAJI ZAINI, Tan Sri (1915-1978), wartawan dan ahli politik. Dia lahir di Kuching, Sarawak.
Abdul Rahman Ya'kub, Tun (1928 - ) ialah
Ketua Menteri Sarawak yang ketiga (1970–1981) dan
Yang Dipertua Negeri Sarawak yang keempat (1981–
1986). Abdul Rahman mula aktif dalam politik
apabila menyertai Parti Barisan Anak Jati Sarawak
(BARJASA) pada tahun 1962. Kemudian dia
menyatukan Parti Negara Sarawak (PANAS) dan
BARJASA bagi membentuk Parti Bumiputera pada
tahun 1966 bersama-sama Datuk Abang Ikhwan
Zaini dan Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud.
DARUL ARQAM, pertubuhan dakwah Islam. Ia ditubuhkan oleh Ustaz Asaari Muhammad pada tahun 1968. Sebelum Darul Arqam ditubuhkan, Ustaz Asaari, yang berguru dengan almarhum Syekh Mahmood Bukhari, memimpin kegiatan usrah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Dia memperkenalkan konsep ‘ikhwan’ (persaudaraan Islam) di kalangan para pengikutnya. Dia telah membina sebuah perkampungan Islam di Sungai Pencala, Kuala Lumpur di samping menjadi pusat kegiatan dakwah yang dipimpinnya sendiri sebagai Syekhul Arqam. Darul Arqam tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Thanks for clicking. That felt good.