Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : turut bersama-sama dgn orang atau pihak lain melibatkan diri dlm sesuatu (kegiatan, seminar dll): ramai orang yg menun-jukkan minat utk ~ dlm perbincangan itu; mengikutsertakan menyertakan atau melibatkan bersama (dlm sesuatu kegiatan dsb), membuat supaya (seseorang, sesuatu, dll) turut terlibat dsb: pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, mungkin dgn pertimbangan yg sama, telah ~ T. Alias Taib bersama-sama penulis Malaysia yg lain utk diperkenalkan di dlm ‘Wajah’; pengikutsertaan perihal (perbuatan atau tindakan) ikut serta atau mengikutsertakan: ~ staf dlm seminar, bengkel, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : turut sama atau turut serta. mengikutsertakan menyertakan atau melibatkan seseorang atau sesuatu bersama-sama dlm sesuatu kegiatan dsb: Pihak sekolah telah ~ sepuluh orang pelajarnya dlm kejohanan sukan tsb. pengikutsertaan perbuatan, tindakan, hal dll ikut serta atau mengikutsertakan seseorang atau sesuatu dlm kegiatan, ceramah dsb: ~ orang ramai dlm gotong-royong itu sangat dialu-alukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
‘ABDULLAH IBN UMAR

‘Abdullah ibn Umar (10 S.H.–73 H./613 M.–692

M.), salah seorang daripada sahabat besar. Nama

penuhnya ialah ‘Abdullah ibn Umar bin al-Khattab.

Walau bagaimanapun, dia tidak berkesempatan

untuk berperang dalam Perang Badar dan Uhud

lantaran usianya yang masih kecil. Dia mula

berjuang dalam Perang Khandaq dan dia ikut serta

dalam kesemua perang bersama-sama Rasulullah SAW.

Dia juga mempunyai hubungan yang rapat dengan

Rasulullah SAW berikutan kedudukan bapanya dan

kakaknya Hafsah sebagai Umm al-Mukminin.

UMUM 
SYAIR SULTAN MAULANA

SYAIR SULTAN MAULANA, puisi Melayu tradisional. Naskhah syair ini ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi dan mempunyai 1 102 rangkap. Nama pengarang syair ini tidak diketahui dengan tepat tetapi ialah seorang pembesar yang ikut serta dalam peperangan antara Siam dengan Burma untuk merebut Pulau Jong Salang. Pembesar ini daripada angkatan Kedah yang diperintahkan oleh Siam untuk membantu mereka. Pengarang menghasilkan karya ini atas kehendaknya sendiri. Syair ini dinamakan Syair Sultan Maulana mengambil sempena nama Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah (1797-1845).  Syair Sultan Maulana telah diterbitkan pada tahun 1980 oleh Penerbit Universiti Malaya dengan tajuk Syair Sultan Maulana; Suatu Penelitian Kritis tentang Hasil Persejarahan Melayu Tradisional. Pada tahun 1985, C. Skinner telah menghasilkan buku The Battle for Junk Ceylon (Syair Sultan Maulana) dan pada tahun 1986, kajian oleh Siti Hawa Salleh “Review: The Battle for Junk Ceylon Edited by C. Skinner.

SASTERAKonsep
DATUN JULUT

DATUN JULUT, tarian masyarakat Kenyah di Sarawak. Tarian ini biasanya ditarikan oleh kaum perempuan pada hari kebesaran ataupun semasa meraikan kedatangan pelawat ke rumah panjang mereka. Lazimnya, tarian ini diadakan pada waktu petang. Kadang-kadang pihak lelaki juga ikut serta bagi menyerikan lagi suasana perayaan tersebut.

         

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas