Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ile


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KATEDRAL NOTRE DAME

Katedral Notre Dame ialah katedral yang

terkenal di Paris. Ia tersergam di Île de la Cité,

pulau kecil di Sungai Seine, di tengah-tengah Paris.

Katedral ini didedikasikan kepada Notre Dame,

penghargaan Perancis untuk Our Lady, Virgin

Mary. Katedral ini merupakan salah satu daripada

contoh seni bina Gothik yang paling cantik.

UMUM 
SENI BINA ROMANESQUE

Seni bina Romanesque ialah gerakan seni

bina yang biasa terdapat di Eropah Barat dari kira-

kira pada tahun 800-an M. hingga tahun 1100-an

M. Seni bina Romanesque berkembang menjadi

beberapa gaya kedaerahan termasuk Aquitaine,

Brittany, Burgundy, Ile-de-France, Norman, dan

Provence. Bangunan Romanesque selalunya

terasing dari beberapa bandar yang dibangunkan

pada masa itu. Ciri bangunannya yang besar

tersergam, terhasil daripada tuntutan terhadap

pertahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi

lokasi demikian.

UMUM 
SUNGAI SEINE

Sungai Seine dan cabangnya membentuk jalan

air komersial yang utama di Perancis. Sungai ini

bermula kira-kira 29 kilometer di barat Laut Dijon.

Dari sana sungai ini mengalir dalam haluan yang

berliku sejauh 764 kilometer ke barat laut sebelum

masuk ke kualanya di Selat Inggeris berhampiran

Le Havre. Kira-kira 378 kilometer dari puncanya,

sungai ini menjadi lebar dan mengalir melalui

tengah-tengah bandar raya Paris. Di Paris, sungai

ini mengalir di bawah lebih daripada 30 buah

jambatan, sesetengahnya berusia lebih 300 tahun.

Gereja Besar Notre Dame terletak di Île de la Cité

(Pulau Bandar) di Seine.

UMUM 

Kembali ke atas