Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ilmu (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan pengetahuan, kepandaian, kepakaran, keahlian, kemahiran, kebijakan, kebijaksanaan, kepintaran, pelajaran, pendidikan, seni, sains;,
Kata Terbitan : berilmu, keilmuan,

Puisi
 

Pisau lipat di atas geta,
     Ilmu jatuh ke padang;
Bagai disifat bagai dipeta,
     Haram tak jemu mata memandang.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Seperti ilmu padi hampa,
     makin lama makin mencongak.

Bermaksud :

Orang sombong, cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAZIY, FAKHR AL-DIN AL-

Raziy, Fakhr al-Din al- (544–606 H./1150–1210

M.), pakar dalam bidang ilmu tafsir, ilmu kalam,

astronomi, falsafah, ilmu-ilmu teras agama dan

sebagainya. Nama penuhnya ialah Abu ‘Abdullah

Muhammad ibn ‘Umar ibn al-Hasan ibn al-Husayn

al-Taymiyal-Raziy, yang lebih terkenal dengan

gelaran Fakhr al-Din. Dia lahir di al-Rayy, Tabristan.

Dia pernah berguru dengan beberapa orang ulama

besar pada zamannya termasuk bapanya sendiri.

Dia terkenal kerana kebijaksanaan dalam pelbagai

ilmu.

UMUM 
TILMISANIY, AL-SYARIF AL-

Tilmisaniy, al-Syarif al- (710–771 H / 1310–

1370 M.), ulama fiqh dan usul fiqh bermazhab

Maliki yang mendalami ilmu-ilmu wahyu dan ilmu

akal. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn

Ahmad ibn Ali al-Alwani al-Syarif al-Tilmisani. Dia

dibesarkan di Tilmisan dalam sebuah keluarga

ilmuwan dan ternama. Dia mendapat bimbingan

serta tunjuk ajar ilmu al-Qur’an daripada al-Syeikh

Abu Zaid ibn Ya`qub dan mempelajari ilmu lain

daripada al-Qadhi Abu ‘Abdullah ibn Hadiyah al-

Qursyi, Abdullah al-Mujasi dan al-Qadhi al-Tamimi.

UMUM 
KEPUSTAKAAN ILMU TRADISIONAL

KEPUSTAKAAN ILMU TRADISIONAL, suatu genre dalam kesusasteraan Melayu tradisional, iaitu karya yang bersifat ilmu atau fatwa.  Karya sastera ini mengandungi pengajaran, pemahaman, kepercayaan bersama amalan yang berkenaan; misalnya `ilmu bintang', 'ilmu penujuman', 'ilmu perubatan' dan lain-lain.  Teks tersebut ditulis dengan bahasa yang baik, kadangkala dalam bentuk puisi, diselitkan dengan contoh dan cerita yang menarik, hingga dapat dianggap sebagai sebahagian daripada karya sastera tradisional, sama seperti sastera kitab dan sastera undang-undang.

SASTERAKonsep
ABU ZAYD AL-ANSARIY

Abu Zayd al-Ansariy ( ?–251 H./ ? –830 M.),

pakar ilmu nahu dan pengarang buku-buku sastera

dan bahasa. Nama penuhnya ialah Sa‘id ibn Aws ibn

Thabit al-Ansariy. Dia ialah imam yang terkenal.

Dia mampu menguasai ilmu bahasa dan ilmu-ilmu

yang sukar dikuasai oleh orang lain. Dia berguru

dengan Abu ‘Amru ibn al-‘Ala’, Ru’yah ibn al-‘Ajaj,

‘Amru ibn ‘Abid, Abu Hatim al-Sajistaniy, Abu

‘Ubayd al-Qasim ibn Salam, ‘Umar ibn Shu‘bbah dan

sekumpulan tokoh lain. Abu al-‘Abbas pernah

berkata, “Abu Zayd seorang yang berkebolehan

dalam ilmu nahu tetapi masih tidak mampu

menyaingi al-Khalil dan Sibawayh. Sekalipun Yunus

menyamainya dalam penguasaan ilmu bahasa,

namun Yunus lebih mengatasinya dalam ilmu nahu.

Abu Zayd ialah orang ketiga dalam penguasaan

ilmu nahu”.

UMUM 
AL-RASA’IL

Al-Rasa’il ialah satu bentuk ilmu sastera (ilmu

prosa) pada zaman dahulu. Ia tergolong dalam

ilmu sastera nathri (prosa Arab). Ia mula

mendapat tempat dan berkembang pada abad

ke-3 dan ke-4 Hijrah.

UMUM 
ILMU KALAMIlmu kalam ialah ilmu yang menitikberatkan
persoalan akidah Islam dan mempertahankannya,
di samping menolak keraguan yang timbul
mengenainya berpandukan logik akal dan bukti-
bukti, dengan menggunakan istilah-istilah, kaedah
analisa dan falsafah.
UMUMUmum
TAYMUR, MAHMUD AHMAD

Taymur, Mahmud Ahmad (1312–1393 H./1894–

1973 M.), ahli sastera dan penulis novel Mesir

moden dari kalangan keluarga sarjana dan

sasterawan. Ini kerana ayahnya, Ahmad Taymur

Basya adalah seorang pencinta bahasa dan ilmu-ilmu

bahasa Arab.

UMUM 
OKULTISME

Okultisme ialah istilah yang merujuk kepada

pelbagai kepercayaan dan amalan yang melibatkan

ilmu ghaib atau kuasa di luar dunia tabii. Okultisme

meliputi ilmu nujum, tilik nasib, ilmu sihir, dan

spiritualisme, iaitu kepercayaan bahawa roh orang

mati berkomunikasi dengan orang yang hidup.

Orang yang mempercayai okultisme menganggap

bahawa ia berasaskan ilmu halus yang tidak

dimiliki oleh orang biasa.

UMUM 
KUTTAB, AL-

Kuttab, al- ialah istilah yang digunakan di dunia

Arab, merujuk kepada dua jenis pendidikan asasi

bagi kanak-kanak. Pertama, ia merujuk kepada

pendidikan kanak-kanak tentang ilmu-ilmu Islam

seperti al-Qur’an, hadis, fiqah dan lain-lain,

termasuk juga pendidikan asas bahasa Arab, yang

meliputi kaedah-kaedah, tulisan, bacaan, syair dan

sebahagian daripada ilmu hisab kepada kanak-kanak.

Semua tempat belajar ini dinamakan sama

ada dengan nama al-Kuttab, al-Maktab atau al-

Khulwah.

UMUM 
ILMU TILIK TAPAK TANGANIlmu tilik tapak tangan ialah amalan
meramalkan nasib dengan menilik garisan dan
tanda-tanda pada tapak tangan manusia. Ilmu tilik
tapak tangan, yang kadang-kadang dikenali sebagai
chiromancy dalam bahasa Inggeris, mungkin
bermula di India purba.
UMUMUmum
12345678910...

Kembali ke atas