Positivisme ialah kepelbagaian teori falsafah yang dikenali sebagai empirisisme . Teori ini menyatakan bahawa semua ilmu pengetahuan adalah berasaskan pengalaman. Terdapat dua bentuk positivisme yang utama. Auguste Comte, ahli falsafah Perancis, memperkembangkan bentuk positivisme yang pertama pada tahun 1800-an. Bentuk yang kedua yang dikenali sebagai positivisme logik , diperkembangkan pada tahun 1920-an di kalangan sekumpulan ahli falsafah yang dikenali sebagai Lingkaran Vienna. |