| ZAINAL ABIDIN S.M. | ZAINAL ABIDIN S.M. (1898-1960-an), pendidik dan ahli politik. Dia lahir pada bulan Oktober 1898 di Pulau Pinang. Nama seberanya ialah Sultan Maidin Zainal Abidin. Zainal Abdidin S.M. mengajar di Penang Free School. Di sekolah inilah dia mendapat pendidikan rendah dan menengahnya. Dia menjadi guru di sekolah ini selama 20 tahun dan mengajar mata pelajaran Ilmu Alam, Kesihatan, Bahasa Inggeris, Bahasa Latin, Bahasa Perancis, Bahasa Melayu dan Ilmu Hisab. Kemudian dia dilantik sebagai Guru Besar Sekolah St. Francis selama 10 tahun. Sebelum bersara pada bulan Julai 1953, dia bertugas sebagai nazir Sekolah-Sekolah Pulau Pinang selama lima tahun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |