Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ilmuan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MORE, SAINT THOMAS

More, Saint Thomas (1477?–1535) ialah

penulis, negarawan dan ilmuan England yang

agung. Dia berkhidmat sebagai lord chancellor,

jawatan kehakiman tertinggi di England dari tahun

1529 hingga tahun 1532. Tetapi More meletakkan

jawatan kerana menentang rancangan Raja Henry

VIII untuk menceraikan permaisurinya. More

dihukum pancung pada tahun 1535 kerana

enggan menerima raja sebagai ketua gereja

Inggeris. Sejak kematiannya, More menjadi

teladan kepada individu yang meletakkan hati

nurani mengatasi kuasa tuntutan duniawi (yang

bukan keagamaan). Gereja Roman Katolik

mengisytiharkan More sebagai Santo pada tahun

1935.

UMUM 
ARSALAN, SYAKIB

Arsalan, Syakib (1286 H.–1366 H./1869 M.–1946

M.), tokoh politik Lubnan. Nama penuh Syakib

Arsalan atau Gabenor Syakib ialah Hamud Hasan

ibn Arsalan. Dia juga merupakan penyair, penulis,

pemikir dan ilmuan. Dia lahir di al-Syuwifat,

Lubnan. Dia mendapat pendidikan di sekolah al-

Hikmah dan Sekolah al-Sultaniyyah di Beirut. Dia

fasih dalam bahasa Arab sebagai bahasa ibunda

dan tiga bahasa yang lain, Turki, Perancis dan

Jerman kerana dia mempelajarinya daripada ramai

guru. Antaranya ialah Abdullah al-Bustari

pengarang al-Mujam al-Laghawi al-Bustan ,

Muhammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani. Dia

banyak membaca buku-buku tulisan Arab yang

terkenal dalam ilmu al-Bayan hingga digelar Amir

al-Bayan di samping menjadi pelopor kepada aliran

al-Sina‘atayn.

UMUM 
ABELARD, PETER

Abelard, Peter (1079–1142) ialah tokoh falsafah dan

ahli teologi pada Zaman Pertengahan. Tetapi dia

lebih terkenal kerana hubungan cintanya dengan

seorang wanita muda bangsa Perancis yang

berbakat, bernama Heloise. Abelard lahir

berhampiran dengan Nantes, Perancis. Bapanya,

seorang bangsawan, merancang kerjaya dalam

tentera untuknya, namun Abelard memilih untuk

menjadi seorang ilmuan. Dari tahun 1113 hingga

tahun 1118, dia mengajar ilmu teologi di Paris. Di sini

dia mengasaskan dua sekolah, yang seterusnya

berkembang menjadi University of Paris.

UMUM 

Kembali ke atas