NATURALISME | Naturalisme, dalam kesusasteraan, ialah percubaan untuk menerapkan teori dan kaedah saintifik ke dalam penulisan imaginatif. Ahli alamiah memberi tumpuan kepada dunia fizikal untuk menyingkirkan benda ghaib. Naturalisme berkembang pada akhir tahun 1800-an dan awal tahun 1900-an, dan menjadi paling penting dalam novel dan drama. | UMUM | |
EAMES, CHARLES | Eames, Charles (1907–1978) ialah pereka bentuk Amerika Syarikat yang terkenal di peringkat antarabangsa kerana menghasilkan beberapa perabot imaginatif pada tahun 1900-an. | UMUM | |
SENDAK, MAURICE | Sendak, Maurice (1928– ) ialah pengilustrasi Amerika dan penulis buku kanak-kanak. Kebanyakan ilustrasi dan ceritanya menampilkan imej seram dan menakutkan kanak-kanak. Dia memasukkan orang, peristiwa dan himpunan semula zaman kanak-kanaknya secara imaginatif. Sendak telah memenangi salah satu anugerah Amerika yang agung, Pingat Caldecott pada tahun 1964, untuk ilustrasi dan tulisannya, Where The Wild Things Are . | UMUM | |
MAGELLAN, FERDINAND | Magellan, Ferdinand (1480?–1521) ialah kapten laut Portugis yang mengetuai ekspedisi pertama yang belayar mengelilingi dunia. Pelayarannya memberikan bukti positif yang pertama bahawa bumi ini bulat. Magellan tidak panjang umur untuk menyelesaikan ekspedisi tersebut, tetapi perancangannya yang imaginatif dan kepimpinannya yang berani membuat keseluruhan ekspedisi berjaya. Ramai sarjana menganggap ekspedisi itu suatu kejayaan pelayaran yang paling besar dalam sejarah. | UMUM | |
SENI UNTUK SENI | SENI UNTUK SENI, konsep yang mementingkan unsur atau nilai seni dan keindahan kepada setiap hasil seni kreatif imaginatif yang dicipta seperti seni sastera, seni muzik, seni tari, seni tampak, dan seni lukis harus mengutamakan nilai seni atau keindahannya. | SASTERA | Konsep |
SENI UNTUK MASYARAKAT | SENI UNTUK MASYARAKAT, konsep yang mementingkan setiap karya atau hasil seni kreatif imaginatif seperti seni sastera, seni muzik, seni tari, seni lakon dan lain-lain yang dihasilkan harus mempunyai arah, fungsi dana amanat yang jelas. Pengarang menghasilkan karya yang berhubungan dengan masyarakat bawahan. Dengan itu, pengarang berharap pembaca akan dapat menghayati pemikiran dalam karya yang dihasilkan demi meningkatkan taraf hidup dan membaiki nasib diri mereka terutama dalam aspek sosioekonomi dan sosiopolitik. | SASTERA | Konsep |
KESUSASTERAAN IRELAND | Kesusasteraan Ireland membayangkan sejarah dan semangat orang Ireland dengan lebih baik daripada sebarang bentuk kesenian yang lain. Kesusasteraan ini terdiri daripada cerita rakyat, puisi lirik dan naratif, drama, novel, dan cerpen. Kesusasteraan Ireland terkenal kerana penggunaan bahasanya yang imaginatif. | UMUM | |
BOSCH, HIERONYMUS | Bosch, Hieronymus (1450?–1516), pelukis Belanda. Dia dikenali kerana mencipta triptych (lukisan kembar tiga) yang imaginatif. Kebanyakan lukisan Bosch mempunyai latar belakang landskap yang penuh sesak dengan orang cacat, raksasa yang aneh, haiwan yang herot, makanan yang besar dan pelik bentuknya, dan kadangkala objek yang sukar dikenal pasti. Karyanya mencerminkan pengaruh kiasan dan permainan kata-kata Belanda, kesusasteraan rakyat, cerita ibarat daripada Bible, ilmu sihir, alkimia, dan astrologi. | UMUM | |
KASIDAH | KASIDAH, puisi Arab yang popular dan antara bentuk puisi (shi’r) Arab yang terawal. Kasidah telah berkembang sejak zaman Jahiliah bersama-sama puisi Arab yang lain. Kasidah, sejenis oda (ode) ialah puisi imaginatif yang lengkap dan panjang, biasanya terdiri dari 25 hingga 100 kuplet. Dari segi skema rima, umumnya berbentuk serima (monorhyme), sesuai dengan tradisi Arab. Pola rima kasidah sama seperti puisi Arab lain, misalnya kit’ah, masnu’i dan ghazal. Ia mempunyai pola matra (metrical pattern) berdasarkan bunyi panjang pendek vokalnya. | SASTERA | Konsep |
MOORE, GEORGE AUGUSTUS | Moore, George Augustus (1852–1933) ialah pengarang Ireland. Novel-novelnya menunjukkan pengaruh realisme Honore de Balzac dan naturalisme Emile Zola. Novelnya, Confessions of a Young Man (1888), merupakan pemaparan yang bijak mengenai eksperimen di Paris. Novel Esther Waters (1894) menceritakan penderitaan dan nasib malang seorang gadis pembantu rumah. Novel Heloise and Abelard (1921) ialah sebuah karya fiksyen kisah percintaan yang terkenal pada Zaman Pertengahan dan merupakan karya agung fiksyen ciptaannya. Ia merupakan salah satu penyusunan semula yang amat imaginatif mengenai kehidupan pada Zaman Pertengahan. Moore lahir di Kaunti Mayo. Dia berusaha untuk mewujudkan drama asli Ireland dan membantu membentuk Irish Literary Revival. Dia menjelaskan usaha-usahanya dalam memoir Hail and Farewell (1911–1914). Avowals (1919) dan Conversations in Ebury Street (1924) merupakan karya autobiolografinya dalam bentuk dialog. | UMUM | |