Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.mam] | امام

Definisi : Ar 1. orang yg mengetuai sembahyang berjemaah: tengah hari itu, kami bersembahyang Zuhur di masjid, Bakar menjadi ~nya; 2. pemimpin, penganjur, ketua (negara dll); ~ yg empat penganjur empat mazhab yg menjadi ikutan orang-orang Islam (Syafii, Hanafi, Hambali, dan Maliki); I~ Mahadi pemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir zaman; ~ perang ketua dlm peperangan pd masa dahulu; ~ Yaman raja negeri Yaman; berimam mempunyai imam, ada imamnya: sembahyang ~ sembahyang dgn mengikut imam; berimamkan 1. mempunyai seseorang sbg imam (pd waktu sembahyang): mereka sembahyang berjemaah ~ Tuan Haji Yusuf; 2. mempunyai (menganggap dsb) seseorang sbg imam (pemimpin, ketua); mengimami memimpin (dlm masa sembahyang); mengimamkan menjadikan seseorang sbg imam: saya hendak menjemput lebai ~ sembahyang jenazah; keimaman kedudukan (jawatan dll) imam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.mam] | امام

Definisi : 1 orang yg mengepalai sembahyang yg dilakukan beramai-ramai (berjemaah). 2 orang yg menjadi penganjur atau pemimpin sesuatu ajaran (negara dll): ~ Yaman raja negara Yaman. ~ Mahdi pemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir zaman utk menyelamatkan umat Islam. ~ perang orang yg memimpin sesuatu pasukan perang. ~ yg empat empat orang penganjur (iaitu Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki) yg menjadi ikutan sebahagian besar umat Islam sekarang. berimamkan 1 memilih atau menjadikan seseorang sbg imam (ketika sembahyang berjemaah): Kami bersembahyang jemaah ~ Ustaz Yazid. 2 mempunyai seseorang sbg pemimpin atau ketua; berketuakan. mengimami menjadi imam (ketika sembahyang berjemaah); mengepalai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
imam
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :pimpin, pemimpin,

Puisi
 

Memukul itik di tepi kota,
     Mari dikayuh sampan pengail;
Imam khatib lagi berdosa,
     Bertambah lagi kita yang jahil.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IMAM BONJOL UMUM 
SYIAH IMAM DUA BELAS

Syiah Imam Dua Belas atau dalam bahasa

Arabnya disebut al-Imamiyyah al-Ithna ‘Ashariyyah

ialah satu kumpulan Syiah yang meyakini bahawa

terdapat 12 orang imam yang maksum (bebas dari

dosa). Mereka mempunyai syarat-syarat khusus

untuk memperoleh pangkat imam tersebut dan

mereka juga lebih berhak untuk menjadi

pemerintah berbanding orang lain. Pengikut Syiah

mengemukakan hadith-hadith, bukti-bukti serta

dalil-dalil yang dipenuhi dengan kepalsuan dan

pentakwilan selari dengan tuntutan mazhab

mereka, seperti yang dikatakan oleh ulama ahli

Sunnah.

UMUM 
IMAM

IMAM, pemimpin atau ketua. Dalam bahasa Arab imam bererti pemimpin. Perkataan imam mempunyai dua erti, iaitu imam sembahyang (kepimpinan kecil) dan imam umat (kepimpinan besar). Dalam sains politik Islam, kerap kali imam disebut sebagai al-Imamah (kepimpinan).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
IMAM BONJOL, TUANKUIMAM BONJOL, Tuanku (1772-1840), ulama dan pemimpin Gerakan Padri di Minangkabau. Dia lahir di Tanjung Bunga, Lembah Alahan Panjang. Sebelum dikenal dengan nama Tuanku Imam, dia dikenal dengan nama Mohamad Syahab dan dipanggil sebagai Peto Syarif, Malim Besar dan Tuanku Muda. SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
AL-IMAM

AL-IMAM, majalah bulanan agam Islam bertulisan Jawi yang diterbitkan di Singapura pada 23 Julai 1906.

SASTERAKonsep
IMAM MAHDI

Imam Mahdi, seorang lelaki yang soleh daripada keluarga Rasulullah SAW yang akan muncul pada akhir zaman.

AGAMATokoh
AL IMAM

Al-Imam (1906-1908), majalah utama Kaum Muda yang diterbitkan di Singapura pada 22 Julai 1906.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
IMAM ABDULLAH KADI ABDUS SALAAM

IMAM ABDULLAH KADI ABDUS SALAAM (  - 1807), ulama dan guru agama di Cape Town, Afrika Selatan. Dia lahir di Pulau Tidore tetapi tarikh akhirnya tidak diketahui. Dia dikenal di dalam tradisi masyarakat Islam di Cape Town sebagai ‘Tuan Guru’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SHAYBANIY, MUHAMMAD IBN AL-HASAN AL-

Shaybaniy, Muhammad ibn al-Hasan al-

(131–189 H. / 748–804 M.), ahli fiqh dan ahli hadith.

Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn al-

Hasan al-Shaybaniy. Dia juga seorang hafiz al-

Qur’an dan mempunyai gaya bacaan yang amat

menarik. Al-Shaybaniy memulakan pengajiannya

dengan mempelajari hadith, kemudian fiqh dengan

Abu Hanifah dan berguru pula kepada Abu Yusuf

selepas kematian Abu Hanifah. Dia turut

mendengar syarahan ilmu daripada para imam

besar seperti Imam Malik, Imam Syafi’i, Imam al-

Awza’iy dan Imam al-Thawriy. Khalifah Harun al-

Rasyid melantiknya sebagai kadi di al-Riqqah.

Kemudian al-Shaybaniy digugurkan daripada

jawatan itu, tetapi diminta oleh khalifah agar

sentiasa bersama-samanya di istana dan dia

menerima pelawaan itu. Muhammad ibn al-Hasan

amat mahir dalam fiqh mazhab Hanafi dan banyak

mengarang kitab yang menjadi rujukan

pertama dalam mazhab Hanafi. Antaranya

seperti al-Mabsut, al-Ziyadat, al-Jami al-Saghir,

al-Jami al-Kabir, al-Sayr al-Saghir, al-Sayr al-Kabir.

Di samping itu, dia  menulis kitab al-Athar dan

al-Radd ala Ahl al-Madinah. Dia meninggal dunia

di sebuah kampung di Rayy.

UMUM 
NAFI‘ AL-QARIY

Nafi‘ al-Qariy (73–169 ./693–786 M), salah

seorang daripada tujuh imam qira’at. Nama

penuhnya ialah Imam Nafi‘ ibn ‘Abd al-Rahman ibn

Abu Nu‘aym Abu Ruwaym. Dia juga dikenali dengan

nama Abu ‘Abd al-Rahman al-Madaniy al-Laythiy dan

berasal dari Asbahan.

UMUM 
123456

Kembali ke atas