Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.bang] | ايمبڠ

Definisi : timbang, tidak berat sebelah; roda ~ roda yg meneruskan dan melicinkan per­jalanan enjin; seimbang 1. setimbang, sama berat, tidak berat sebelah: di daerah itu, kekuatan parti pembangkang ~ dgn kekuatan parti yg berkuasa; jungkat-jungkit adalah ~ di tengah-tengahnya; 2. setimpal, sebanding, sepadan: memberi balasan yg ~; 3. sesuai, cocok: sikapnya selalu ~ dgn pengertian hidup isterinya; abang tidak boleh memaksa hati saya ~ dgn hati abang; makanan ~ makanan yg khasiatnya sesuai bagi keperluan tubuh; berseimbang setimbang, sepadan, sebanding; berseimbangan sama imbangannya (antara satu sama lain); menyeimbangkan menjadikan seimbang (tetap, tidak turun naik, dsb): tugas utama kabinet baru ini ialah ~ ekonomi; kerajaan berhasrat menyusun semula masyarakat utk ~ kedudukan ekonomi; keseimbangan keadaan seimbang: ~ ekonomi antara kaum di negeri ini sangat mustahak; nyatalah bahawa sistem pendidikan di negara ini mesti merupakan sistem yg mempunyai ~ antara mata pelajaran sastera dan sains; ketidakseimbangan perihal (keadaan) tidak seimbang: ~ pengagihan kuasa dan kemakmuran dlm masyarakat; ~ dlm soal pencapaian mutu pelajaran; masalah ~ taburan penduduk di muka bumi ini; perseimbangan perihal berseimbang; imbang-imbangan hampir-hampir sama kuatnya (beratnya, pandainya, banyaknya, dll); berimbang 1. sepadan, sebanding, setimbang, sama (banyak, berat, kuat, dll): tokong simbang tampak beratur, tampak dr Tanjung Jati, laksana ~ buah catur, raja mati, menterinya mati; 2. = berimbangan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), berpatutan (dgn): dia berusaha lebih giat lagi supaya pendapatannya ~ dgn perbelanjaannya; upah yg diberikan itu adalah ~ dgn kerja yg dibuatnya; mengimbangi 1. menjadi sbg imbangan kpd: banyaknya gula ~ pahit kopi yg pekat; 2. menandingi, melawani: tungku pemanas bilik tak dapat ~ dingin yg amat sangat itu; 3. membalas (budi, cinta, dll): kebaikan diimbangi dgn kebaikan; mengimbangkan, memperimbangkan menjadikan supaya berimbang (sebanding): penubuhan syarikat ini akan dapat meneruskan usaha ~ kedudukan ekonomi antara semua golongan rakyat dlm negara ini; ~ kira-kira; imbangan 1. keadaan yg seimbang: bacaan yg baik berkehendakkan ~ antara bahan bacaan yg berat dgn yg ringan; 2. bandingan, timbangan: pertubuhan itu mengkaji ~ kekuatan tentera kuasa-kuasa dunia; keimbangan keadaan berimbang; perimbangan persamaan (perbandingan) berat (pandai, banyak, dll): peperangan boleh dielakkan kalau ada sebuah badan yg dapat mengawal ~ kekuatan tentera bagi negara-negara yg besar; pengimbangan perihal atau perbuatan mengimbangi atau mengimbangkan: ~ duga dilakukan utk mengetahui betul atau tidak kira-kira kita; pengimbang 1. (alat dll) yg mengimbangi, yg dipakai utk mengimbangi; 2. (Kej) perkakas utk mengatur kemasukan wap dlm enjin supaya kecepatan jalannya enjin itu teratur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[im.bang] | ايمبڠ

Definisi : bimbang, ragu-ragu; imbang-imbangan bimbang, ragu-ragu; hati nya dlm ~; mengimbang; ~ permintaan menolak permintaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[im.bang] | ايمبڠ

Definisi : ; berimbang berada dlm keadaan yg sama berat (sama banyak dll); bertimbal; berbanding: Parasnya yg ayu ~ dgn tingkah lakunya yg sopan. mengimbangi menjadi sbg bandingan (imbangan) kpd: Projek “Buku Hijau” bertujuan memperbanyak bahan makanan utk ~ inflasi. mengimbangkan menjadikan berimbang (bertimbal, berbanding dll): Hasan terpaksa berhemat utk ~ perbelanjaannya dgn gajinya yg kecil. imbangan 1 keadaan yg seimbang: Ketika itu, keadaan udara dan kapal terbang itu belum mendapat ~ yg betul. 2 sesuatu yg dijadikan bandingan; saingan. 3 perbezaan atau persamaan antara dua ruang (debit dan kredit) pd sesuatu akaun. ~ duga sj penyata yg dimasukkan semua imbangan debit dan kredit dr lejar catatan bergu utk menyemak kesamaannya; timbangan duga. perimbangan keadaan berimbang; persamaan berat (kuat, banyak dll): ~ akan diperoleh di kalangan semua kaum dlm bidang pengurusan, pemikiran dan pekerjaan. pengimbangan perbuatan mengimbangi atau mengimbangkan. pengimbang alat dsb yg digunakan utk mengimbangi atau mengimbangkan sesuatu. seimbang 1 sama berat; tidak berat sebelah: Pendapatan penduduk luar bandar tidak ~ dgn pendapatan penduduk bandar. 2 sesuai atau cocok benar; sepadan; sebanding: Dia telah menerima hukuman yg ~ dgn kesalahannya. menyeimbangkan menjadikan seimbang: Kami menambah halaman warna utk ~ bahan bacaan bagi pembaca dgn tambahan iklan. keseimbangan keadaan seimbang: Zakat ialah satu sistem yg bertujuan utk menjaga ~ hidup di kalangan masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGAWAL IMBANG UMUM 

Kembali ke atas