IMBANGAN PEMBAYARAN | | UMUM | |
IMBANGAN KUASA | | UMUM | |
IMBANGAN PERDAGANGAN | Imbangan perdagangan ialah perbezaan antara nilai barangan yang dieksport dengan nilai barangan yang diimport dalam suatu jangka masa tertentu, biasanya setahun. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
FASA EKSPONEN | Kaedah pengiraan pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan menggunakan graf keseimbangan fasa y - x. Pada paksi menegak, y ialah pecahan mol dalam fasa wap dan pada paksi mendatar, x ialah pecahan mol dalam fasa cecair. | KEJURUTERAAN | Konsep |
ALIRAN BERSIH | Kaedah pengiraan pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan menggunakan graf keseimbangan fasa y - x. Pada paksi menegak, y ialah pecahan mol dalam fasa wap dan pada paksi mendatar, x ialah pecahan mol dalam fasa cecair. Kesemua graf keseimbangan fasa biasanya diberi untuk komponen yang lebih meruap, iaitu komponen yang takat didihnya lebih rendah. Antara pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan yang biasa didapati menggunakan kaedah McCabe-Thiele ialah bilangan peringkat atau dulang, nisbah refluks minimum, bilangan dulang yang minimum, kedudukan peringkat bagi aliran masukan, keperluan duti haba untuk pengulang didih, dan keperluan duti penyejukan untuk kondenser | KEJURUTERAAN | Konsep |
ATAKSIA | Ataksia ialah ketiadaan koordinasi pada otot. Ketiadaan ini merupakan simptom kerosakan pada bahagian sistem saraf pusat. Ataksia lokomotor melibatkan ketiadaan imbangan atau keseimbangan. Penghidap ataksia lokomotor harus berdiri di tapak yang lebar dengan mata terbuka. Jika tidak berbuat demikian, dia akan bergoyang-goyang malah akan rebah. Goyangan itu akan bertambah kuat jika dia memejamkan matanya. | UMUM | |
MADISON, JAMES | Madison, James (1751–1836) ialah presiden keempat Amerika Syarikat yang berkhidmat dari tahun 1809 hingga tahun 1817. Dia digelar “Bapa Perlembagaan Amerika Syarikat“ kerana dia merancang sistem sekatan dan imbangan yang boleh mengawal kerajaan Amerika Syarikat. Dia menjadi presiden Amerika Syarikat semasa perang tahun 1812 antara Amerika dan Britain. Madison lahir pada 16 Mac, 1751 (5 Mac mengikut kalendar yang digunakan pada masa itu), di Port Conway, Virginia, pada waktu itu koloni British. Pada tahun 1776, dia berkhidmat di Majlis Perundangan Virginia yang pertama yang menemukannya dengan Thomas Jefferson (lihat Jefferson, Thomas ). Pada tahun 1779, Madison telah dipilih untuk ke Kongres Benua, dan kembali pada tahun 1783 untuk berkhidmat selama tiga penggal di dewan perundangan negeri Virginia. | UMUM | |
PERIKATAN BESAR | Perikatan Besar ialah nama bagi perikatan tiga kesatuan negara Eropah yang dibentuk untuk membendung kuasa ketenteraan Perancis di bawah pemerintahan Raja Louis XIV. Setiap negara dalam perikatan ini menghalang peluasan Perancis dan mengekalkan imbangan kuasa di Eropah. | UMUM | |
AKUPUNKTUR | Akupunktur ialah kaedah rawatan tradisional Cina purba untuk melegakan kesakitan dan mengubati beberapa jenis penyakit dengan cara mencucuk jarum ke beberapa bahagian badan. Mengikut falsafah Cina, penyakit dan kesakitan terjadi akibat ketidakimbangan antara dua kuasa semula jadi utama yang dikenali yin dan yang . Orang Cina percaya akupunktur mengembalikan imbangan ini. | UMUM | |
KUTUB UTARA | Kutub Utara ialah istilah yang digunakan untuk titik permukaan tidak kelihatan yang terletak di rantau Artik. Istilah yang paling terkenal ialah kutub utara geografi. Walau bagaimanapun, Kutub Utara lain yang penting termasuk kutub utara seketika, kutub utara imbangan, kutub utara magnet, dan kutub utara geomagnet. | UMUM | |