FOTOGRAMETRI | Fotogrametri, kaedah gabungan seni, sains dan teknologi untuk memperoleh maklumat berkaitan dengan objek-objek fizikal dan persekitaran melalui proses merekod, mengukur dan menginterpretasi imej-imej fotograf. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Kaedah |
MIKROFILEM | Mikrofilem ialah sejenis filem foto yang merakamkan imej bahan bercetak atau bahan lain yang telah dikecilkan. Oleh sebab saiz imej ini telah dikecilkan, mikrofilem boleh menyimpan sejumlah besar maklumat dalam ruang yang kecil. Proses membuat salinan mikrofilem disebut sebagai mikrofotografi. | UMUM | |
MELUKIS | Melukis ialah perbuatan membuat reka bentuk atau imej menggunakan garis atau ton, di atas sebarang permukaan yang sesuai. Reka bentuk atau imej yang dihasilkan dikenali sebagai lukisan. | UMUM | |
SENI FOTO KIRLIAN | Seni foto Kirlian ialah proses mencipta imej sesuatu objek dengan mendedahkan objek tersebut kepada satu medan elektromagnet. Proses ini juga dikenali sebagai pengimejan discas elektromagnet (EDI). Objek yang dirakamkan dengan cara ini kelihatan seperti dikelilingi oleh discas cahaya. Imej itu dapat dihasilkan dengan kaedah seni foto biasa atau melalui teknik yang lebih canggih. | UMUM | |
MIKROSKOP ELEKTRON | Mikroskop elektron ialah alat yang menggunakan alur elektron untuk membesarkan imej objek. Mikroskop elektron boleh membeza jelas (menghasilkan gambar yang terang) fitur yang jauh lebih kecil daripada yang dapat dilihat melalui mikroskop optik, yang menggunakan kanta dan cahaya nampak untuk membesarkan imej. Kuasa pembesaran yang hebat menjadikan mikroskop elektron sebagai alat utama penyelidikan dalam bidang biologi, kimia, perubatan, dan metalurgi. Ernst Ruska dan lain-lain ahli sains Jerman telah membina mikroskop elektron yang pertama pada tahun 1931. | UMUM | |
KAMERA VIDEO | Kamera video ialah satu alat yang merakam imej dan menukarkannya menjadi isyarat elektronik untuk ditonton melalui sebuah peti televisyen. | UMUM | |
PERAKAM PITA VIDEO | Perakam pita video ialah peranti yang merakamkan imej visual dan bunyi pada pita magnet. Perakam pita video yang juga dikenali sebagai VTR ataupun perakam video, juga memainkan semula maklumat video (gambar) dan audio (bunyi) yang dirakamkan pada peti televisyen. | UMUM | |
PUISI | Puisi ialah susunan kata-kata mengikut pola bunyi dan makna. Puisi boleh menggabungkan pola ritma bersama imej untuk menghasilkan kesan yang indah atau mendalam. Puisi membentuk idea, pemikiran, dan perasaan dalam cara yang istimewa. | UMUM | |
IKONOKLAS | Ikonoklas bermaksud seseorang yang menentang kepercayaan yang telah lama kukuh. Perkataan ikonoklas berasal daripada dua perkataan Yunani, eikon atau imej dan klastes, atau pemecah. | UMUM | Umum |
SENDAK, MAURICE | Sendak, Maurice (1928– ) ialah pengilustrasi Amerika dan penulis buku kanak-kanak. Kebanyakan ilustrasi dan ceritanya menampilkan imej seram dan menakutkan kanak-kanak. Dia memasukkan orang, peristiwa dan himpunan semula zaman kanak-kanaknya secara imaginatif. Sendak telah memenangi salah satu anugerah Amerika yang agung, Pingat Caldecott pada tahun 1964, untuk ilustrasi dan tulisannya, Where The Wild Things Are . | UMUM | |