Mott, Sir Nevill (1905– 1996), ahli fizik British yang pakar dalam penjelasan fizik mengenai sifat pepejal. Dia berkongsi Hadiah Nobel bagi bidang fizik pada tahun 1977. Kajian awalnya adalah berkenaan logam dan semikonduktor yang digunakan untuk membuat transistor. Dia juga membuat kajian mengenai mekanisme yang menyebabkan imej pendam (imej yang tidak berkembang sepenuhnya) terbentuk pada filem fotografi. Mott lahir di Liverpool dan mendapat pendidikan di Bristol dan Cambridge. Dia mendapat anugerah kesateria pada tahun 1962. |