PADANG, kota dan pelabuhan pada masa kerajaan Minangkabau. Padang terletak di Propinsi Sumatera Barat, Indonesia. Menurut sejarah dan tambo Minangkabau, Padang berasal daripada perkataan ‘padang’ yang dalam bahasa Minangkabau, bermaksud pedang. Pada sekitar abad ke-16, imigran pertama tiba dari pedalaman Minangkabau. Mereka diketuai oleh Maharajo Besar (dari kawasan Solok). Tidak lama selepas itu, tiba pula lima orang ‘datuk’ dan antaranya bernama Datuk Patih Karsani. Dia telah menemui banyak tinggalan berharga seperti mangkuk, pinggan, meriam, pisau dan pedang. Sejak penemuan itulah tempat tersebut diberi nama padang.
Thanks for clicking. That felt good.