| IMPERIAL CHEMICAL INDUSTRIES | | UMUM | |
| IMPERIAL CITY | | UMUM | |
| KEUTAMAAN IMPERIAL | Keutamaan imperial ialah istilah syarat perdagangan bermanfaat yang diwujudkan secara rasminya antara United Kingdom (UK) dengan anggota Empayar British di Ottawa, Kanada pada tahun 1932. | UMUM | |
| IMPERIAL DIET | Merujuk kepada Majlis Badan Perundangan Negara Jepun atau lebih dikenali sebagai Japanese Kokai (Dewan kebangsaan) dan Teikoku Gikai (Dewan Imperial). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| BUSYEL | Busyel ialah ukuran yang biasa digunakan untuk mengukur barang pukal perdagangan. Busyel Imperial bersamaan dengan lapan gelen Imperial dan mengandungi 36.37 liter. | UMUM | |
| ELA | Ela ialah unit panjang dalam sistem ukuran imperial yang digunakan di negara-negara berbahasa Inggeris sebelum sistem metrik diperkenalkan. | UMUM | |
| EKAR | Ekar ialah ukuran keluasan tanah dalam sistem imperial. | UMUM | |
| MOND, LUDWIG | Mond, Ludwig (1839–1909) ialah ahli kimia British kelahiran Jerman, yang membantu menubuhkan syarikat kimia yang kini dikenali sebagai Imperial Chemical Industry (ICI). Penemuan Mond banyak membawa kemajuan dalam perindustrian kimia. Proses kimia yang direkanya termasuk mendapatkan sulfur daripada bahan buangan alkali; proses untuk membuat klorin; pengeluaran gas pengeluar untuk pemanasan; dan ekstrasi nikel daripada bijih tertentu. Dia juga mereka bateri gas. Mond lahir di Kassel. Dia menerima pendidikan di universiti di Marburg dan Heidelberg dan dilatih oleh Robert Bunsen. Dia menetap di Britain pada tahun 1862. Lihat juga Industri kimia. | UMUM | |
| KUASA KUDA | Kuasa kuda ialah unit yang digunakan untuk menyatakan kuasa (kadar melakukan kerja) sesuatu enjin dalam sistem ukuran imperial. Istilah kuasa kuda mula digunakan oleh jurutera Scotland, James Watt. | UMUM | |
| SISTEM PENERBANGAN MALAYSIA (MAS) | Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) ialah sistem penerbangan Malaysia yang memulakan operasinya pada tahun 1937. Pada masa itu, ia dikenali sebagai Malaysia Airways Ltd. (MAL) yang menggabungkan tiga syarikat, iaitu Ocean Steamship Company of Liverpool, The Straits Steamship Company of Singapore dan Imperial Airways. Syarikat penerbangan antara Singapura dan Pulau Pinang. | UMUM | |