Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.pot] | ايمڤورت

Definisi : 1. pemasukan barang-barang dr luar negeri: ~ mengatasi eksport; 2. yg dibawa masuk dr luar negeri: barang-barang ~; mengimport 1. membawa masuk terutamanya barang-barang dr luar negeri: negara kita masih ~ beras dr negeri Thai dan Burma; 2. ki membawa masuk sesuatu dr negara atau sumber asing: selepas perang, pihak Amerika telah ~ konsep persaingan secara bebas tanpa ikatan Jepun; penurunan nilai ringgit tidak ~ inflasi; pengimportan perihal (perbuatan) meng­import: menggalakkan ~ bahan makanan; pengimport orang, syarikat, dll yg mengimport. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[im.pot] | ايمڤورت

Definisi : 1 perbuatan membawa masuk barang-barang dagangan dll ke dlm negara; kemasukan barang-barang dagangan dr luar negara: Negara akan mengalami kerugian jika ~ berterusan melebihi eksport. 2 yg dibawa masuk dr luar negara: barang-barang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata import


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EKSPORT DAN IMPORT

Eksport dan import ialah barangan yang

dibawa keluar dan masuk ke sesebuah negara.

UMUM 
PELABUHAN BEBAS CUKAIPelabuhan yang diwartakan oleh kerajaan sebagai pelabuhan yang dikecualikan cukai terhadap barangan import.GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep
MALABO

Malabo (pend. 15 253) ialah ibu negara Equatorial

Guinea (Guinea Khatulistiwa). Bandar ini terletak di

Bioko, sebuah pulau di Teluk Guinea, Afrika Barat.

Untuk lokasi Malabo, lihat Equatorial Guinea

(peta). Malabo ialah pelabuhan penting yang

mengendalikan eksport pisang, kayu kabinet, koko,

kulit cinchona, kopi, kacang kola, dan minyak

kelapa sawit. Kebanyakan penduduk di bandar ini

bekerja dengan syarikat import eksport. Lapangan

terbang terletak berhampiran Malabo.

UMUM 
MATANG

MATANG, pusat pentadbiran bagi daerah Larut, Perak yang dibuka oleh Long Jaafar pada tahun 1850-an.  Matang yang dahulunya dikenal sebagai Permatang, merupakan sebuah pusat kegiatan melombong bijih timah.  Matang terletak di muara Sungai Larut, pantai barat Perak, sesuai sebagai tempat import dan eksport barang-barang dari Pulau Pinang dan ke pulau itu yang ditadbir oleh pihak British.  Di sini jugalah Long Jaafar membina kota dan tempat kediamannya.  Setelah kematian Long Jaafar, anaknya Ngah Ibrahim, terus menggunakan Matang sebagai pusat pentadbiran yang meliputi kawasan Kerian, Matang dan Selama.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas