Poe, Edgar Allan (1809–1849) adalah salah seorang penyair Amerika yang terkemuka. Dia juga adalah penulis cerita pendek dan pengkritik kesusasteraan. “The Raven” adalah antara sajaknya yang terkenal di dalam kesusasteraan Amerika dan sebagai contoh karya yang menghantui kualiti kebanyakan hasil kerja Poe. Melalui The Murders in the Rue Morgue dan cerita-cerita pendek lain, Poe menjadi pengasas kepada cerita misteri dan detektif fiksyen. The Fall of the House of Usher , The Masque of the Red Death dan cerita-cerita lain menjadikan dia pelopor kepada simbolisme, impresionisme dan seorang yang mempunyai cara yang tersendiri dalam kesusasteraan moden. The Poetic Principle, The Marginalia dan ulasannya mengandungi prinsip-prinsip penting dalam kritikan kesusasteraan yang mana bersama-sama dengan puisi dan fiksyennya, ia dapat mempengaruhi penulis-penulis selepasnya. |