Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj dalam + approp n: an ~ union, kesatuan dalam syarikat. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata in-house


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POWER HOUSE MUSEUM

Power House Museum di Sydney, Australia,

mempamerkan barang-barang sains dan teknologi

dari zaman lampau Australia.

UMUM 
SYDNEY OPERA HOUSE

Sydney Opera House di Sydney, Australia

dianggap sebagai salah sebuah bangunan yang

teragung pada tahun 1900-an. Ia terletak di

Bennelong Point, sebuah semenanjung yang

menganjur ke Pelabuhan Sydney. Dua buah

bumbungnya yang seperti layar kapal itu dengan

cangkerang yang tindih-menindih, serta

kejuruteraannya yang mengagumkan telah

menjadikannya terkenal ke seluruh dunia. Gedung

opera ini dapat menampung lebih 6600 orang

penonton. Dewan-dewannya menyediakan

kemudahan untuk konsert simfoni, opera, drama,

balet, filem, resital solo, pameran dan konvensyen.

Bumbung cangkerang itu meliputi dua buah

dewan pertunjukan yang terbesar dan sebuah

restoran.

UMUM 
COFFEE-HOUSE UMUM 
OIREACHTAS

Oireachtas ialah Parlimen Kebangsaan di

Republik Ireland. Mesyuaratnya diadakan di

Dublin, iaitu di Leinster House, rumah besar yang

dibina pada tahun 1700-an.

UMUM 
ADDAMS, JANE

Addams, Jane (1860–1935) ialah pekerja sosial

dan humanis Amerika. Dia dan Ellen Gates Starr

mengasaskan Hull House di Chicago pada tahun

1889. Addams berkongsi Hadiah Novel Keamanan

tahun 1931 bersama-sama Nicholas Murray Butler.

UMUM 
MILNE, A.A.

Milne, A.A. (1882–1956), pengarang Inggeris yang

terkenal dengan cerita dan puisi kanak-kanak. Dua

buah bukunya, Winnie-the-Pooh (1926) dan The

House at Pooh Corner (1928) telah menjadi karya

agung kesusasteraan kanak-kanak.

UMUM 
MUZIUM BRITISH

Muzium British, di London, adalah antara

muzium agung kebangsaan yang paling tua.

Koleksi yang dipamerkan adalah antara yang

terbaik di dunia. Muzium ini ditubuhkan pada

tahun 1753 melalui akta Parlimen selepas Sir Hans

Sloane, doktor British dan juga ahli botani

mewasiatkan kesemua koleksinya kepada negara.

Muzium ini dibuka pada 15 Januari 1759, di

Montagu House, West End; London. Pada tahun

1847, bangunan baru telah menggantikan

Montagu House dan penambahan koleksi telah

dilakukan semenjak tarikh tersebut. Muzium

British menarik lebih empat juta pengunjung

setiap tahun.

UMUM 
ROTHSCHILD

Rothschild ialah nama keluarga Jerman yang

menubuhkan firma perbankan yang terkenal pada

akhir tahun 1700-an. Keluarga tersebut membuka

beberapa buah bank di beberapa buah negara

Eropah pada tahun 1800-an, dan syarikat itu

terkenal dengan nama House of Rothschild.

Keluarga tersebut juga terkenal dalam bidang

industri, politik, kedermawanan, dan sains.

UMUM 
NASH, JOHN

Nash, John (1752–1835) ialah arkitek dan pereka

landskap Inggeris. Di bawah naungan Putera

Wales, yang kemudian menjadi Raja George IV,

Nash merubah semula pelan Taman Regent di

kawasan London menjadi sebuah taman landskap

yang luas. Taman ini dibahagikan oleh jalan-jalan

yang besar dan disempadani oleh vila di setiap

bahagian tepinya. Regent Street, Waterloo Place

dan Carlton House Terrace disiapkan antara

tahun 1810 hingga tahun 1830. Tetapi rekaannya

yang selebihnya ditinggalkan kerana masalah

kos. Nash lahir di London. Dia turut

mengendalikan beberapa buah projek lain

termasuklah Buckingham House (kini Istana

Buckingham), Marble Arch dan Brighton

Pavillion.

UMUM 
NERO

Nero (37 M.–68 M.) ialah maharaja Rom yang

memerintah dari tahun 54 M. hingga dia meninggal

dunia 14 tahun kemudian. Pemerintahannya lebih

dikenal dengan kebakaran yang memusnahkan

sebahagian besar Rom pada tahun 64 M. Nero

membina Golden House, istana yang sangat besar,

di tengah-tengah kawasan yang telah terbakar itu.

Khabar angin ada menyatakan bahawa Nero

memulakan kebakaran supaya dia boleh membina

istana tersebut. Tetapi dia menyalahkan orang

Kristian, yang ketika itu ialah kumpulan yang tidak

popular di Rom, dan membunuh mereka.

UMUM 
123

Kembali ke atas