Atahualpa (1500?–1533), yang juga digelar Atabalipa, ialah raja terakhir bagi Empayar Inca di Peru. Dalam tahun 1532, tidak lama selepas Atahualpa menaiki takhta, Francisco Pizarro serta para pengikutnya telah mendarat di Peru (lihat Pizarro, Francisco ). Atahualpa enggan mengakui Raja Charles I Sepanyol sebagai yang dipertuannya ataupun menerima agama Kristian. Para pengikut Pizarro kemudiannya telah membunuh lebih daripada 4000 orang bangsawan Inca yang tidak bersenjata, dan Atahualpa dipenjarakan. Walaupun baginda banyak mempunyai emas dan perak sebagai tebusan, tetapi Atahualpa tidak dibebaskan. Baginda dihukum bunuh pada tahun 1533. Lihat juga Inca (Sejarah). |